Thursday, April 18, 2013

Mawar Berduri


Kulihat kiri...
Kulihat kanan...
Di sana sini...
Manusia kini semakin berani
Berusaha menghias diri
Bebas bereksperimentasi
Warna warni, pelangi

Duhai mawar,
Dirimu bukan bahan santapan
Dunia fesyen tiada sempadan
Merasuk, mempamir kecantikan
Itu petanda akhir zaman


Bangkitlah!

Biar diri diumpat keji
Biar lusuh pakaian di hari
Biar redup pandangan pemerhati

Biar hidup di zaman bahari

Namun, Bangkitlah!
Bangkitlah sebagai mawar berduri
Menghunus duri setiap hari
Agar tiada kumbang mendekati
Menghisap madu dan pergi


Hidup perlu ada pedoman
Syariat di ikut sebagai pegangan
Agar tidak mengikut syaitan
Jadilah, wanita idaman!


Ayu Zubaidah,  April 18 2013

Nota: Berfesyen tanpa syariat ibarat pena menari tanpa tintanya. Kosong! Biar ketinggalan zaman asalkan tidak memakai pakaian akhir zaman.
sumber : ubique


There was an error in this gadget

here