Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Almost Famous Cafe, Johor Bharu

Assalamualaikum dear Readers

Dah lama rasanya tak update about my personal life. Asyik update about SHAKLEE je nanti uols muntah hijau pulak kan. ahaks! Harini terasa nak share one of the tempat makan yang agak unik di Johor bharu ni. Well.. Johor memang banyak tempat makan yang agak unik dan menarik. Kalau concept restaurant sama je, bosan juga kan?

Pernah dengar Almost Famous Cafe?

Ok! Bagi sesiapa yang pernah dengar, Almost Famous Cafe ni sinonim dengan Burger Color-color.. Yup! warna warni.. Biasa kita tengok roti burger color coklat je kan? Yang ni boleh pilih.. nak hijau? nak purple? nak merah? Biru pun ade!

Almost Famous Cafe ni tersangat la mudah nak cari sebab kedudukan dia betul-betul tepi jalan utama. Cuma mungkin orang tak perasan sangat sebab Cafe ni nampak macam shop lot biasa Berhadapan dengan Bazar Karat dan Chaiwalla.


 Ok.. Jom Iols belanja gamba makanan.. ^^





Thank you for your time to read this blog..



<3 nbsp="" p="">




Saturday, January 19, 2013

Farewell Part II

Assalamualaikum..peace be upon u!

okayh..Ju tak abes lagi nak bercerita tentang hari-hari terakhir ju berada di UTM terchenta ni..Sehari lepas ju submit final draft..One of my girlfriend ajak pergi makan Seoul Garden..nak treat semperna dah abes master katenya..okayh..Part makan memang ju tak tolak..ahaks! Rezeki orang kate! di hujung-hujung waktu di UTM ni rezeki sungguh murah..Alhamdulillah..hee..thanks Cik Wanie!


After perform solah zohor, weols terus gerak ke City Square JB..! Konon-konon pergi awal boleh lepak lama sikit kat sana..tapi hakikatnya ju tak faham kenapa orang JB suka bebenor nak ke CS ni..nak cari parking bukan maen susah!berape kali round tawaf parking pun tak tau la..after setengah jam baru dapat parked! Okayh..lupakan kisah parking! Actually banyak kenangan ju kat CS ni..dulu-dulu masa undergrad ni lah tempat kalau nak jalan-jalan pun..takde tempat lain dah..haha! tapi sekarang ni memang dah lama dah tak datang jalan-jalan kat sini..eh? tetibe mengimbau kenangan pulak kan! blurr!


Bila dapat je parking, kami terus Seoul Garden untuk menyempurnakan niat asal..Apa lagi kalau bukan memenuhkan perut masing-masing..haha..Tapi tak banyak sangat gambar dapat snap..Tengah lapa kan..hape pun tak ingat dah..ahaks! Seoul Garden ni diantara restaurant steamboat yang memang dah terkenal di mesia ni..Ada banyak cawangan..kat KL pun ada juga..Yang penting HALAL dan banyak pilihan..Kalau korang nak pergi, pergilah time lunch hour. maklum la..Lunch Hour murah sikit..haha! Lunch buffet and dinner lain harga..Tapi pastikan korang kosongkan perut dulu before datang..Baru haven! haha


Makanan kat sini sedap bangat! Boleh makan sampai pensan...hehe..Walaupun harga agak mahal sikit..Tapi bagi ju Berbaloi-baloi! heee





Last skali macam biasa! aisyeyemmmmm! Yummy..durian, yam and coklat jadi pilihan =)


Lepas masing-masing da kekenyangan..haruslah kena jalan-jalan cuci mata..baru lemak tepu tak berkumpul dekat perut..ahaks! Tapi sekarang ni CS tengah buat renovation..So nak jalan-jalan pun tak best juga..banyak kedai-kedai yang tutup..huhuhu..Last-last dok lepak lama dalam MPH je..ahaks! nampak skema tak?haha..Dah abes study pun lepak book store! apedaaa!

BABAI!
ASSALAMUALAIKUM
^_^











Thursday, January 17, 2013

Farewell Part I

Ahad lepas boleh dikatakan hari bersejarah..Nak tau kenapa? Okayh..jom dengar ju membebel! Hari ahad lepas ialah hari terakhir ju jawab exam for master..lepas ni no more exam..(yeke??) bercakap macam banyak je paper nak jawab kan..! actually semester ni ju ada satu paper je pun..heee..Tapi entry ni bukan nak cite pasal exam..Dah tau dah..word "exam" ni macam mimpi ngeri bagi yang bergelar student..tak giteww? haha...so lupakan kisah exam..nanti semua dahi berkerut-kerut tanda stress..haha..cepat senyum balik!

Buat masa sekarang ni, perasaan bercampur aduk..ada rasa lega sebab dah nak abes..walaupun masih ada saki baki kerja yang kene abeskan..but sometimes rasa sedih sebab nak berpisah dengan coursemate..walaupun tempoh masa tak lama, just 1 year and half..but majoritynya dari course yang same dari dgree...almost 6 years okayh bersama..!so bahang nak abes tu memang terasa...Cerita sebenar ialah sebelah malam after exam, kitorang buat makan-makan..actually bukan "kitorang"..tapi kak ina =) kak ina ni one f my coursemate..dia berhajat nak belanja kitorang semua makan before semua orang balik buat hal masing-masing..


After magrib weols gerak ke Pizza Hut Taman Perling, Jeybee..makan-makan..borak-borak..gosip-gosip..gelak-gelak..part gelak ni kak ina juara..sape pun tak boleh lawan..dah abes nanti confirm rindu gelak tawa and gurau senda korang semua!sob..sob...T_T


wajah-wajah yang bakal dirindui..T_T


dan kehadiran si kecil dhia ni memeriahkan susasane!! lagi best kalau si baby zareef ade skali =)



owh ye! course mate ju semua pompuan..eh? bukan..bukan..ada sorang laki..heee..the only hero dalam kelas...haha..*herokah?* hero la jugak!


selain tu..kak ina bagi hadiah juga kat semua orang...howwyeehh!! kak ina memang terbaekkk!! arigato!! ju dapat hadiah mug katak uolss!! pandai kak ina pilih..sayang lebeyh! tengok ni muka-muka excited dapat hadiah...heee =)


A day after makan-makan..sekali lagi kak ina nak belanja..tapi kali ni bukan makan okay! Lepas jamu perut..Jamu mata  la pulak..kak ina dah booking tiket for all of us! wah wah..yang lain sila jangan jeles ye! Thanks a lot kak ina and abg Zulhafiz (hubby kak ina)..weols tengok movie CZ12..bukan CR2 ye..=P ..Ada yang cakap.."cerita dah lapuk la..orang lain dah tengok dah"..but for me, bukan movie tu yang buat weols happy that day..but a moment to remember! ini serious! happy sangat malam tu sedangkan esoknya weols kena hantar final draft for master project..


Balik je dari tengok movie tu, weols stay kat bilik postgraduate...stay up untuk siapkan final draft sama-sama..see! baru kelassss! buat kerja pun sama-sama..ahaks! satu lagi kenangan yang memang takkan dilupakan...bertambah kenangan ju di UTM terchenta ni...and Alhamdulillah..weols dapat juga submit on time juga..=)

okayh..till then..nanti ju update farewell part II plak..jangan bosan ye..!




Monday, December 17, 2012

Monsta Cafe, Johor Bahru

haloo...apa kabar kamu semua??heee...




ada yang bertanya..

"profile pic ju yang birthday celebration tu kat mana ea? teringin la nak minum coffee yang ada gambar-gambar macam tu.."


okayh..entry ni khas untuk kamu..ye..kamu yang tengah bace tu..hehe..=) i'm so sorry dear..ambil masa nak update..cik ayujue sibuk pergi kenduri-kendara orang..kenduri sendiri bila lagi??okayh..ini soalan sensitip! grr~ okayh..sila stop cerita pasal wedding orang! haha..


okayh..inilah cafenye...tengok dari luar pun dah jatuh cinta kan? Cafe ni terletak di area Nusa Bestari..sederet dengan Old Town..


cheese cake and macaroon khas dari kak wanie =) thanks my dear wanie!

05 december lepas birthday my lil sista (adeq) yang ke 18..kebetulan pulak time tu die ada di jeybee...ohh maiiii!! terpaksa rela la si kakaknya celebrate birthday die kan..hehe.."terpakse"?oh..sungguh tak bagus! sila jangan contohi kalau nak jadi kakak mithali..=P


my lil sis "adeq" 

Pada awalnya kitorang memang ada plan nak pergi makan-makan..cume belum ada masa yang sesuai untuk keluar.. so sehari before birthday adeq, kitorang buat last minute plan untuk keluar makan-makan..plan punya plan..macam-macam tempat makan keluar..last-last MONSTA CAFE jadi pilihan..hehe..kenapa monsta cafe? firstly sebab kak as and uzair pun belum penah ke sana..secondly, sebab tempat tu agak "keanak-anakan" sikit..tersangat la sesuai untuk budak yang baru nak matang tu kan..hehe =P


After solat isyak..kitorang terus gerak ke sana..tak boleh nak huhahuha sangat sebab esoknya kitorang ada kelas..so, kena lah pulang awal..kalau tak "kesiangan" pula nanti..sementara menunggu makanan sampai, sempat la kitorang bergambar sakan sekejap..haha...masa yang ada harusslah di manfaatkan..betul tak?ahaks!



Bagi ju, perkara paling penting  bila nak buat pemilihan tempat makan ialah makanannya..sedap or tak! kalau tak sedap, secantik mana sekalipun cafe tu, memang takkan jadi best lah kan...nama pun tempat makan..and niat untuk datang, pastinya untuk memenuhkan perut yang kosong..hehe..kalau makanan tak sedap boleh hilang selera! ye tak? =) dan makanan di Monsta Cafe ni bukan saje comel..tapi sangat sedap! harga pun affordable la..makan besar sekali sekala kan..kalau selalu boleh bankrupt juga..=P


selain tu, decoration kat sini memang tersangatlah cantik...sesuai untuk semua peringkat umur..chewwahhh..maksud ju sesuai kalau nak bawak kanak-kanak sebab ada deco ala-ala playground gitew..and kalau nak dating pun okay juga sebab ada environment yang romantic...open air lagi...! hehe..(gatai nak romantic bagai kan..haha)

"open air"

decoration yang cantik!


and..cute!

selain daripada tu juga, cafe ni boleh reserve untuk birthday party..so klau nak celebrate birthday boleh booking awal-awal...nanti diorang akan reservekan tempat untuk korang...siap ada pakej lagi untuk birthday party taw! Tapi time ni ju takde reserve pun..celebrate kecil-kecilan je..hehe..walaupun kecil-kecilan..layanan dorang superb okayh! siap ada pasang birthday song bagai! hehe..kellaaass!


HAPPY BIRTHDAY ADEQ..semoga usia dapat mematangkan diri dan fikiran..=)


lastly, thanks kat semua kawan-kawan yang sudi meluangkan masa, tenaga n duit untuk sambut birthday adeq..dah pasti lepas ni adeq tak boleh nak lupa kakak-kakak and abang yang rajin melayan kerenah die tu..hehe..=) thanks! uols memang kelassss!!!

main suap-suap pulak..ololoo...so sweett =P


kalau tanye ju best atau tak tempat ni...? jawapan ju semua terjawab bila korang tengok pic-pic tadi kan..betul tak? harusslah best! for those yang suke lepak-lepak and bersantai ngan kawan-kawan memang sesuaii sangat!

p/s : actually tengah stress ni..buat data collection tak abis-abis..nak mintak bantuan semua untuk doakan segala urusan ju di permudahkan...thanks uols!



Friday, December 7, 2012

Kedai Makan Upin & Ipin

Assalamualaikum...semoga hari ini lebih baik daripada semalam..Dalam kesibukan menyiapkan final projek, sempat juga ju meng 'update' blog kesayangan ni..dah lama tertangguh nak cerita kat korang semua pasal restaurant yang comel gilax ni! hari ni ju nak ajak korang semua jalan-jalan cari makan..hehe..tapi tempat makan yang ju nak share ni unik sikit..sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun!! 12 tahun okayh...bukan 12 x 2 ye..ehem..ehem!





Erm..actually salah seorang daripada anak buah ju (Amani) merupakan peminat setia UPIN & IPIN.. memang setiap episod cerita UPIN & IPIN dia tak pernah ketinggalan langsung! kalau episod yang lama-lama tak payah cakap lah..dah boleh hafal dah dialognya..tak pasal-pasal dengan orang yang teman dia tengok pun dah boleh join hafal sekali..haha..Siapa tak tahu UPIN & IPIN?? Kalau tak tahu sila keluar dari Mesia sekarang!!haha...Bowleyh?

ibu and ayah amani =)


Amani pun dah nampak macam MEI MEI..Tinggal tambah pakai spek je..hahaha

Okayh, nak di jadikan cerita 22 November lepas adalah birthday cik amani yang kedua..Sebagai anak tunggal (setakat ni) ayah and ibu Amani mesti lah nak yang terbaik untuk celebrate birthday amani kan..yang terbaik tak semestinya buat majlis besar-besar..cukup sekadar dapat puaskan hati si kecik 2..So, kitorang celebrate birthday amani di KEDAI MAKAN UPIN & IPIN..



kek by my sista..ayueka..kek upin & ipin takde..so ganti dengan upin & ipin versi muslimah.."ana muslim"..hehe..so cute!!


HAPPY BIRTHDAY my dear!!! 


Sampai kat sana, muka amani teruja gila nampak signboard restoran upin ipin tu dari dalam kereta sampaikan ayahnya nak cari parking pun dia dah menangis takut tak singgah..Memang puas hati bawa si kecik ni masuk restoran tu sebab segala benda dalam restoran tu berunsurkan UPIN & IPIN...teruja okayh muka si kecik tu!bahagia dia dapat jumpa kawan baik..hehe


"peace" gaya amani...pizz yo!



sebahagian daripada product UPIN & IPIN 

Pada mulanya ju tak dapat nak bayang makanan apa yang ada kat sana..dalam fikiran ni hanya fikir, "ayam goreng..ayam goreng" sebab si UPIN & IPIN kan suka makan ayam goreng...hehe..Tapi takde hal lah..memang niat asal datang ke restoran ni nak puaskan hati si kecik tu je..makanan sedap ke tak sedap ke soal kedua..Tapi bila makanan yang di order sampai...berbaloi babe! memang sedap bangat! tak rugi makan kat situ..amani pun puas hati..kitorang pun makan kenyang..haha..


yang ni jela makanan yang sempat snap..yang lain dah kena ngappp awal-awal lagi..haha..Kebanyakkan menu adalah Menu kampung..yummy!! yang penting harganya... affordable! 




kalau nak datang makan kat sini untuk "dating" memang pelik sikit...tapi kalau yang datang bawa kanak-kanak, highly recommended! memang heaven la bagi kanak-kanak..lebih-lebih lagi peminat UPIN  & IPIN..hehe...

okayh..till then..jumpa lagi next entry..kene sambung buat kerja pula..=) xoxo


untie-untie yang menceriakan hari amani..=P 'ceria' kah?


p/s : Tengah menaip entry ni, tibe-tibe dapat kabar ibu Amani dah bersalin..okayh..bertambah anak buah..Syukur Ya Allah..=)...


here