Saturday, December 1, 2012

Hotel 89 Batam, Indoneisa

Assalamualikum semua..okayh..disebabkan ju dah janji nak update berkenaan dengan accommodation and makanan halal di Batam, harini ju merajinkan diri menaip untuk korang..semoga dapat membantu korang semua untuk plan percutian ke Batam..=) Di Batam ni terdapat banyak Hotel yang korang semua boleh pilih..Tapi time ju pergi dulu, semuanya telah di sediakan oleh tour guide termasuklah pemilihan makanan Halal di sana..Masa di sana, Ju menginap di Hotel 89..3 star Hotel..Untuk ju yang bergelar student ni, dah cukup mewah dah hotel tu...



Hotel 89 ini terletak di tengah-tengah bandar. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat bagi korang yang ingin melawat Kota Batam. Ianya disebabkan Hotel 89 ini terletak di kawasan yang strategik dikelilingi oleh pejabat, kedai-kedai, pusat membeli- belah, gerai makanan dan banyak lagi. 


Firstly ju nak ceritakan tentang bilik tidur..bila kita travel ke sesuatu tempat, semestinya keselesaan yang kita mahukan..Bilik Tidur di  Hotel ni sangat Unik..Bilik-bilik yang bersebelahan dengan bilik ju, semuanya mempunyai design yang berlainan..ada yang masuk terus nampak katil, ada yang masuk nampak meja makan dulu..ada yang ada pintu untuk ke bilik sebelah dan macam-macam la..okayh..ni la bilik ju di sana...masuk-masuk terus nampak ni..bilik ju nampak macam apartment kan?


okayh..tengok katil ni confirm rasa macam nak landing ke kan...


terdapat juga perkhidmatan penghantaran ke bilik..macam-macam ado!




selain itu, Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. antaranya kemudahan televisyen, gimnasium yang lengkap, berehat di jakuzi, Sauna dan sebagainya. Best kan?? Yang paling penting sekali, terdapat kemudahan WIFI! okayh..yang ni paling penting sebab mudah untuk kita berkomunikasi memandangkan zaman sekarang ni, Internet di hujung jari kan! semuanya ada gadget masing-masing..tab, ipad bagai..techno!



Bagi yang datang atas urusan kerja atau mesyuarat..Hotel ini ada menyediakan bilik-bilik yang sesuai untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat atau seminar..


gambar takde kaitan..mungkin ini sejenis penyakit berjangkit bila nampak cermin..=P

secara overall kitorang selesa tinggal di hotel ni.. recommended for those yang nak pergi ke Batam..untuk maklumat lanjut..boleh bukak webside hotel ni terus ye...www.89hotel.com..okayh itu je serba sedikit yang ju dapat share tentang penginapan di sana..pasal makan nanti ju akan buat entry lain ye..





4 comments:

Sop said...

x nah pergi batam lagi.. huhuh

Ayu Jue said...

Sop >> xpe..nanti ade mase boleh g..=)

pu3desa said...

Brp rm per nite hotel tu?

pu3desa said...

Brp rm per nite hotel tu

here