Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul


Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindunganNya..

SALAM MAULIDUR RASUL

Esok 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434 hijrah iaitu hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Semperna maulidur rasul ni ju nak share ngan korang semua satu video..Walaupun sekadar animasi, kisah ini sudah cukup untuk menyentuh hati kecil kita..Hayatilah bertapa mulianya hati seorang nabi, sehingga hembusan nafasnya yang terakhir masih tak lupa dengan umatnya..Muhasabah diri, bagaimana pula kita sebagai umatnya?? Jom kita tengok video pendek ni dulu..




Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya.
Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya.
Perbuatan orang yang mengamalkannya menyejuk mata orang yang memandang.
Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.


Ya Rasulullah, meskipun umatmu hari ini tidak pernah sekalipun bertemu dengan mu, Tapi kami percaya pada mu dan kami rindu ingin bertemu denganmu wahai kekasih Allah..terima kasih kerana telah menyampaikan mukjizat terbesar kepada kami dan kami berharap agar dapat bertemu denganmu kelak di syurga Allah..

Jom kita luangkan sedikit masa kita untuk berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW

p/s : Alhamdulillah arini dapat hadiah buku dari seorang sahabat berjudul "Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah SAW"..In Syaa Allah ju akan share kisah buku ni nanti =)



No comments:

here