Sunday, March 12, 2017

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana masih sudi membaca blog usang Miss Ayujue ni. 

Lama benor rasa tinggalkan zaman blogger. Sekarang ni Jue tersangatlah sibuk dengan Research and Business. Nanti Jue akan cerita kisah kehidupan Jue sekarang. Banyak dah perubahan dari sebelum kot. Jue sedang cuba untuk improve diri. Mungkin lebih matang dari sebelum kot. Mungkin! heee

Menjelang tahun 2017 ni, Jue berazam nak aktif berblogging semula. Ada tak yang sudi membaca? Tapi mungkin muncul dengan penulisan yang lebih bermanfaat dan lebih informatif buat korang semua. Bila baca semula penulisan sebelum sebelum ni, I be like.. "Allah, aku ke yang tulis niiiiii!!" haha. Tuakah aku? Faktor usia mungkin buat Jue rasa tak sesuaiiiii! Menangis anak anak baca blog mak nanti. 

Jue akui, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulakan bisnes dalam masa yang sama perlu menyiapkan research. Kedua-duanya memerlukan komitmen yang tinggi. Dalam usaha membangunkan bisnes Ruqsana Raqiella, semua benda Jue and partner perlu buat sendiri. Dalam dunia bisnes ni, kita la bos kita lah kuli. Tak boleh nak harap orang. Apatah lagi nak mengambil pekerja. Modal ciput! Risiko tanggung sendiri babe! Kemudian Jue aktif dengan Bisnes Shaklee. Jue akan terangkan dalam entry lain kenapa Jue berminat dengan Bisnes Shaklee ni.

Dalam masa yang sama Jue tengah berusaha untuk melengkapkan research Jue. Tanggungjawab utama tak boleh dilupakan. Ini tujuan utama Jue berada di sini. Dunia Phd yang sinonim dugaan dan tekanan, tak ramai yang mampu nak tempuh. Ramai yang terkandas ditengah jalan. Minta dijauhkan. Berpeluh
.
Semuanya memerlukan usaha yang lebih. Semoga dipermudah urusan


No comments:

There was an error in this gadget

here