Wednesday, October 10, 2012

Doa Sang Kerengga ♥

assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim ..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

harini ju ada satu cerita nak kongsi dengan korang semua..mungkin boleh korang jadikan tauladan..kisah ni berlaku dua hari lepas..ceritanya begini...

PADA SIANGNYA...

Seperti biase, ju and kak as akan pergi meluangkan masa di Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ) UTM..semase kitaorang dalam perjalanan ke PSZ, kitaorang terjumpe seekor kerengga di dalam bas..agak pelik mana datangnya kerengga ni..mungkin tersesat sampai ke dalam bas UTM ni..semasa kitaorang turun dari bas, kitaorang bawa sekali sang kerengga tadi.. Kesian sebab nampak sang kerengga tu makan seekor semut...mungkin sebab takde makanan lain..

source : mr google

kitaorang lepaskan sang kerengga tu di atas sehelai daun pokok yang rendah..selepas melepaskan sang kerengga tadi di atas sehelai daun hidup, kitaorang sempat berfikir sama ada meletakkan sang kerengga di atas sehelai daun merupakan keputusan yang betul atau tidak..mane la tahu kan dengan melepaskan sang kerengga tadi, kehidupan kerengga itu akan lebih buruk lagi..

apa yang boleh dilakukan, hanya doa yang terbaik untuk sang kerengga bina hidup baru di atas pokok tu..at least, sang kerengga senang nak cari makan...

PADA MALAMNYA...

selepas solat magrib, ada rakan sekelas call ajak makan mcd..ada lecturer nak belanja katenya .(rezeki orang puasa) ..Alhamdulillah..boleh jumpe dengan rakan sekelas..maklum la, kelas sekali seminggu..jarang-jarang dapat jumpe.. tapi sepanjang perjalanan keluar dari keluar bilik sampai la balik semula ke bilik, macam-macam berlaku..

mula-mula, masa nak start moto untuk ke bilik kawan ju, ntah macam mana bole ter 'press' motor dengan kuat sampai hampir masuk ke dalam longkang..sebelum ni tak pernah pula jadi macam tu..

lepas tu pula, baru gerak tak sampai 200 meter, ju terperasan purse ju takde dalam poket motor (skuter ju ade poket kecik kat depan)..tak sedar langsung bila masa purse tu jatuh..biasanya tak pernah jatuh pun..so, ju buat keputusan untuk patah balik..sampai kat depan kafe, ade sekumpulan budak lelaki panggil ju dengan bunyi tikus..rupanya diaorang yang jumpe purse ju tadi..

then, dalam perjalanan balik pula, beberapa kali nak terjatuh dari motor..seakan-akan tak dapat nak imbang motor bila berhenti di simpang..errrr...selalu okey jerk..sampaikan ada kat satu simpang tu motor hampir tumbang..and kat simpang yang lain, hampir nak terlanggar sang kancil..errrrr...

bila sampai di bilik, jkitaorang cuba muhasabah diri..kenapa kitaorang macam nak di timpa musibah tetapi seakan-akan ada yang membantu..teringat sang kerengga yang kitaorang tolong pada pagi hari tu..mungkin sang kerengga tu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan terhadap kitaorang...terima kasih sang kerengga!

kepada semua, kita mestila saling membantu sesama makhluk..ju percaya berbuat ihsan kepada manusia termasuk dengan haiwan pasti di balas baik..tidak kira sekecil mana sekali pun pertolongan yang kita lakukan..InsyaAllah ada balasan kebaikan menanti kita...lot of 



3 comments:

Seimura said...

Subhanallah.

Ayu Jue said...

Seimura >> maha suci Allah =)

Deela said...

8 sebab foundation anda perlu dibuang. jom baca :)

here