Tuesday, September 11, 2012

sedondon

assalamualaikum...

setelah seharian diduga dengan pelbagai cobaan..fyuhhh..hari ini boleh bernafas dengan lega..Alhamdulillah Allah permudahkan urusan..ada hikmah di sebalik kesulitan yang datang..hehe..baru boleh senyum sampai ke telinga sambil jari jemari rajin menghapdet belog..*wink wink*

how's your raya kawan-kawan?mesti meriah dengan baju cantik-cantik..makanan sedap-sedap..kan kan...untung la..hehe..bulan syawal hampir sampai ke penghujung..tapi semangat raya masih membara lagi..hujung-hujung syawal ni la semua sibuk nak buat makan-makan..open house sana sini..jamuan raya lagi..hehe..tapi takpe..boleh tambah berat badan..howyehh~

Alhamdulillah syawal tahun ni semua ahli keluarga dapat berkumpul..memang meriah dengan baju sedondon..hijau lagi! semangat sungguh raya taun ni..tambahan pula dengan kehadiran baby-baby baru yang sangat comel tahun ni..semakin bertambah la ahli keluarga besar kami..syukur Alhamdulillah..syukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai..


inilah family besar kami..boleh kira sendiri kalau nak tahu berapa orang..haha...ramaikan..susah nak dapat snap pic the whole family ni..memerlukan kesabaran..lebih-lebih lagi nak pastikan si kanak-kanak rebina semua ni duduk diam-diam..plus jarang dapat berkumpul macam ni...huhu


tapi dalam ramai-ramai ni tinggal empat orang ni je yang masih single..*excluded budak bawah umur ye* haisshh..bila la nak bergambar berdua ni..
^__________^

siblings + ayahanda dan bonda



yang ni pula bonda dan ayahanda bergambar dengan kanak-kanak rebina yang sentiase menceriakan suasane..susah betul nak kumpul kan budak-budak ni..ade je yang buat perangai nak keluar dari gambar..finally dapat jgak! fyuuhh..


budak kaca mata..wah wah..anak sapa la yang hensem ni..hahaha...my luvly anak buah, abang, adik and abang ipar..=)


all my brothers and my sisters in law..menantu ke hantu?err.tak pasti..haha..*agak-agak suatu hari nanti putera katak dapat join diaorang tak eh?* hehe


raya saye tahun ni sangat bermakne..bagaimana dengan anda?ok..suda lewat malam..mase untuk tido..selamat malam semua..=) thanks for reading..

*SELAMAT HARI RAYA*

2 comments:

Mek Onie said...

pehhhh!sedondon gitu :D

Ayu Jue said...

onie>>baru sehati sejiwe =)

here