Showing posts with label ♡My lIfe♡. Show all posts
Showing posts with label ♡My lIfe♡. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Doa Sang Kerengga ♥

assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim ..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

harini ju ada satu cerita nak kongsi dengan korang semua..mungkin boleh korang jadikan tauladan..kisah ni berlaku dua hari lepas..ceritanya begini...

PADA SIANGNYA...

Seperti biase, ju and kak as akan pergi meluangkan masa di Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ) UTM..semase kitaorang dalam perjalanan ke PSZ, kitaorang terjumpe seekor kerengga di dalam bas..agak pelik mana datangnya kerengga ni..mungkin tersesat sampai ke dalam bas UTM ni..semasa kitaorang turun dari bas, kitaorang bawa sekali sang kerengga tadi.. Kesian sebab nampak sang kerengga tu makan seekor semut...mungkin sebab takde makanan lain..

source : mr google

kitaorang lepaskan sang kerengga tu di atas sehelai daun pokok yang rendah..selepas melepaskan sang kerengga tadi di atas sehelai daun hidup, kitaorang sempat berfikir sama ada meletakkan sang kerengga di atas sehelai daun merupakan keputusan yang betul atau tidak..mane la tahu kan dengan melepaskan sang kerengga tadi, kehidupan kerengga itu akan lebih buruk lagi..

apa yang boleh dilakukan, hanya doa yang terbaik untuk sang kerengga bina hidup baru di atas pokok tu..at least, sang kerengga senang nak cari makan...

PADA MALAMNYA...

selepas solat magrib, ada rakan sekelas call ajak makan mcd..ada lecturer nak belanja katenya .(rezeki orang puasa) ..Alhamdulillah..boleh jumpe dengan rakan sekelas..maklum la, kelas sekali seminggu..jarang-jarang dapat jumpe.. tapi sepanjang perjalanan keluar dari keluar bilik sampai la balik semula ke bilik, macam-macam berlaku..

mula-mula, masa nak start moto untuk ke bilik kawan ju, ntah macam mana bole ter 'press' motor dengan kuat sampai hampir masuk ke dalam longkang..sebelum ni tak pernah pula jadi macam tu..

lepas tu pula, baru gerak tak sampai 200 meter, ju terperasan purse ju takde dalam poket motor (skuter ju ade poket kecik kat depan)..tak sedar langsung bila masa purse tu jatuh..biasanya tak pernah jatuh pun..so, ju buat keputusan untuk patah balik..sampai kat depan kafe, ade sekumpulan budak lelaki panggil ju dengan bunyi tikus..rupanya diaorang yang jumpe purse ju tadi..

then, dalam perjalanan balik pula, beberapa kali nak terjatuh dari motor..seakan-akan tak dapat nak imbang motor bila berhenti di simpang..errrr...selalu okey jerk..sampaikan ada kat satu simpang tu motor hampir tumbang..and kat simpang yang lain, hampir nak terlanggar sang kancil..errrrr...

bila sampai di bilik, jkitaorang cuba muhasabah diri..kenapa kitaorang macam nak di timpa musibah tetapi seakan-akan ada yang membantu..teringat sang kerengga yang kitaorang tolong pada pagi hari tu..mungkin sang kerengga tu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan terhadap kitaorang...terima kasih sang kerengga!

kepada semua, kita mestila saling membantu sesama makhluk..ju percaya berbuat ihsan kepada manusia termasuk dengan haiwan pasti di balas baik..tidak kira sekecil mana sekali pun pertolongan yang kita lakukan..InsyaAllah ada balasan kebaikan menanti kita...lot of ♥



Saturday, October 6, 2012

ber'froyo' di snogurt

happy sunday semua..mentang-mentang hari ahad kan..semua pakat nak rehat sampai lebam ye...no no no!!! sila bangun sekarang..!!nanti lemau..hehe..*cakap orang*.. so, apa plan korang semua harini? harini ju plan nak rehat je kat bilik..petang nanti baru keluar pergi jogging keliling tasik UTM yang aman damai..gaya hidup sihat gitewww...mana tidak nya, semalam dah seharian membuang masa dengan si kakak roomate..so harini kena rehatkan diri..

semalam ju and si kakak roomate keluar..tapi keluar ke taman universiti je pun..konon-konon nak menghilangkan stress...stress apa pun tak tahu la kan...haha..sebenarnya saje nak tukar angin..asyik duduk kat bilik je sampai badan pun dah naik lemau..so kitaorang decide nak pergi ber "froyo" di snogurt..actually dah lama dah plan nak kesana memandangkan ju and si kakak tak pernah makan..setiap kali lalu depan kedai tanye, "kak, bila kita nak makan kat sini?" ..mungkin si kakak ni pun dah mula muak dengar dengar soalan tu..haha

di sebabkan si kakak ni belum pernah naik bas untuk ke taman universiti ni, die teringin sangat nak naik bas..ok, si adik yang baik hati ni hanya mengikut keinginan si kakak..excited nak ke snogurt punya pasal, naik bas pun naik bas la..then kitaorang main tunggu bas ikut suke hati kitaorang..hasilnya, sejam duduk di bas stop sambil mengira berapa orang yang lalu lalang kat situ..hadoii!tahniah! memang agak sengal!akhirnya dari plan asal lepas zohor gerak, hampir masuk asar baru sampai ke taman u yang perjalanannya hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai..errrr...

disebabkan semalam memang hari buang masa sedunia, kitaorang berjalan dari rak ke rak yang lain kat dalam jusco taman u..semua benda dalam jusco tu rasa nak belek..haha..after selesai solat asar baru la kitaorang ke snogurt yang berada di luar kasawan jusco..so kena lah exercise sikit..fyuuhh~

bagi siapa yang tak pernah dengar snogurt ni, snogurt ni adalah sejenis froyo = frozen yogurt ala-ala tutti frutti..sedap taw!!rugi tak cube...*wink*


ada macam-macam flavor yang korang boleh pilih..ikut cita rasa sendiri..ju pilih coklat strawberry and berry..rasa masam-masam buah campur dengan manis coklat...hurmm...yummy! memang sedap..!
kak as pulak ambil mango and strawberry...pun sedap!!


lepas dah pilih yogurt korang boleh tambah topping dia..design la macam mana korang nak design...macam-macam ada! kalau ju, ju lebih prefer yang crunchy!

okeh..ni hasilnya!!


yang kiri ni ju punya!! yang kanan ni pulak kak as punya..konon-konon matang la kan..*tapi ada jelly teddy bear..=P*


satu lagi yang menarik perhatian kitaorang ialah decoration kedai tu..memang menarik..even ju xsuke pink pun rasa macam sweet je..hahaha..bertambah best sebab time kitaorang pergi kedai ni kosong..si staff snogurt ni boleh pulak pergi dating depan kedai..so, apa lagi!! ini kedai kami yang punya!!hahaha..
*siap boleh set timer lagi tuh nak bergambar!!*


hoho..berbaloi! akhirnya dapat jugak ju merase froyo ni...so no more soalan "kak, bila kita nak makan kat sini?" kalau nak tahu lebih tentang snogurt korang boleh klik link ini...SNOGURT
ok..got to go..nak pergi lunch pula..thanks for reading..=)





Wednesday, October 3, 2012

projek sarjana

asssalamualaikum...
hai semua..sekarang ni ju sibuk dengan projek sarjana..kalau di izinkan Allah semester ni akan jadi semester terakhir ju bergelar pelajar master kat UTM tercinta ni..hehe..InsyaAllah..doa dari korang semua sangat diperlukan supaya ju dapat grad on time..

seminggu dua ni ju banyak rehat je dari buat kerja..mane tidaknya, kelas ju semester ni sekali je seminggu..itu pun tiga jam je..so, dalam sebulan entah berapa kali ju balik rumah..kelas hari rabu..balik rumah hari kamis, hari selase baru balik semula ke UTM..takfikir langsung pasal projek sarjana yang ju kene siapkan semester ni..

semalam ju jumpe dengan supervisor ju, Dr Nadzri..buat kali pertamanya ju jumpa dengan dia semester ni untuk teruskan projek yang ju buat ni..lepas jumpe dengan dia semalam baru realize rupanya dah tinggal berapa bulan je lagi nak VIVA (presentation final project)..boleh pulak ju buat bodoh je..kalau tak jumpe dengan dia semalam, mesti sekarang tengah hanyut lagi..leka dengan hidup yang tak berjadual..(maklum la kelas sekali seminggu je kan...huhu)

bila nak mula buat projek sarjana ni tiba-tiba teringan kepayahan, kesusahan dan keperitan nak siapkan projek sarjana muda dulu...macam-macam dugaan nak kena tempuh..mase tu memang langsung takde pengalaman buat thesis kan..so memang sangat mencabar..tapi nasib baik ju dapat supervisor yang ok..yang sangat memahami..walaupun supervisor ju kurang fasih berbahasa melayu ( dan ju pulak hampeh berbahasa inggeris)..ju dapat juga siapkan projek tu on time...

kepada korang yang tengah buat final projek juga sekarang ni ju ucapkan semoga berjaya..segala penat lelah kite berbaloi bila apa yang kita tulis akhirnya siap dibukukan..doakan juga ju dipermudahkan dalan urusan menghasilkan thesis kedua ni ye...


(pic masa baru lepas jilid projek sarjana muda zaman dolu-dolu)

ok..sambung buat kerja..bye~

Tuesday, September 11, 2012

sedondon

assalamualaikum...

setelah seharian diduga dengan pelbagai cobaan..fyuhhh..hari ini boleh bernafas dengan lega..Alhamdulillah Allah permudahkan urusan..ada hikmah di sebalik kesulitan yang datang..hehe..baru boleh senyum sampai ke telinga sambil jari jemari rajin menghapdet belog..*wink wink*

how's your raya kawan-kawan?mesti meriah dengan baju cantik-cantik..makanan sedap-sedap..kan kan...untung la..hehe..bulan syawal hampir sampai ke penghujung..tapi semangat raya masih membara lagi..hujung-hujung syawal ni la semua sibuk nak buat makan-makan..open house sana sini..jamuan raya lagi..hehe..tapi takpe..boleh tambah berat badan..howyehh~

Alhamdulillah syawal tahun ni semua ahli keluarga dapat berkumpul..memang meriah dengan baju sedondon..hijau lagi! semangat sungguh raya taun ni..tambahan pula dengan kehadiran baby-baby baru yang sangat comel tahun ni..semakin bertambah la ahli keluarga besar kami..syukur Alhamdulillah..syukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai..


inilah family besar kami..boleh kira sendiri kalau nak tahu berapa orang..haha...ramaikan..susah nak dapat snap pic the whole family ni..memerlukan kesabaran..lebih-lebih lagi nak pastikan si kanak-kanak rebina semua ni duduk diam-diam..plus jarang dapat berkumpul macam ni...huhu


tapi dalam ramai-ramai ni tinggal empat orang ni je yang masih single..*excluded budak bawah umur ye* haisshh..bila la nak bergambar berdua ni..
^__________^

siblings + ayahanda dan bonda



yang ni pula bonda dan ayahanda bergambar dengan kanak-kanak rebina yang sentiase menceriakan suasane..susah betul nak kumpul kan budak-budak ni..ade je yang buat perangai nak keluar dari gambar..finally dapat jgak! fyuuhh..


budak kaca mata..wah wah..anak sapa la yang hensem ni..hahaha...my luvly anak buah, abang, adik and abang ipar..=)


all my brothers and my sisters in law..menantu ke hantu?err.tak pasti..haha..*agak-agak suatu hari nanti putera katak dapat join diaorang tak eh?* hehe


raya saye tahun ni sangat bermakne..bagaimana dengan anda?ok..suda lewat malam..mase untuk tido..selamat malam semua..=) thanks for reading..

*SELAMAT HARI RAYA*

Monday, August 6, 2012

iftar ^_^

assalamualaikum..

weekend telah pun tamat..tapi selangor ade extra sehari...cuti sampai isnin..hehe..untung la siapa bekerja di selangor..pejam celik pejam celik sekarang dah lebih daripada separuh perjalanan kita dalam bulan Ramadhan ni..sekejap je kan masa berlalu..dah tak lame dah kita akan menyambut bulan syawal..

lately ju kekurangan mase nak update blog..maklum la..sekarang ju dah sambung contract jadi baby sitter..Memandangkan sekarang ni banyak sangat kes yang melibatkan baby, contohnya penderaan and kematian baby disebabkan tersedak susu dan sebagainya..so, kakak ju memberi sepenuh kepercayaan kepada ju untuk jaga anak dia..muhammad amel amsyar..hehe...waktu kerja ikut office hour je ok! cume kadang-kadang terpakse overtime sampai malam..hahahah..

weekend kali ni ju berbuka di dua kawasan yang berlainan..saje tukar angin pulak kan..hari ni, ju dengan rasa senang hati nak update menu-menu iftar sepanjang weekend ni..mungkin boleh membantu korang yang ketandusan idea nak makan apa untuk berbuka puase nanti..hehe

hari sabtu berbuka bersama kakak yang tinggal di puchong..my sis bawa makan kat putra height..tataw name restoren tu ape..haha..lapar sangat sampai tak sempat nak snap pic restoren..tapi makanan boleh tahan..sedap!ni antara menu yang sempat ju snap..hehe

ikan siakap masak stim!
sambal udang!
telur dadar!
khailan ikan masin!

after makan-makan, pada malamnya my sis bawak ju jalan-jalan kat uptown puchong..actually uptown ni baru bukak and takde ape-ape sangat..kami tawaf skali je kat situ pastu terus balik sebab bosan..hehe..

pada hari ahad pula, kitaorang pergi berbuka di rumah my bro di seremban..kebetulan my bro baru pindah ke rumah baru and ju belum pernah lagi ke rumah die..sampai-sampai terus buat muka excited! (err...apsal rumah die serba hijau ni??..jeles i! huuhu..tiba-tiba keinginan untuk mempunyai rumah sendiri melonjak-lonjak...ok bye!) Menu berbuka kat rumah die NASI ARAB..siapa pernah makan?? ok...memang sangat sedap!! puas hati dapat makan...korang mesti meleleh air liur tengok..nasi ni ala-ala nasi beriani sikit..tapi lagi sedap..yuummyyy!

inilah nasi arab..di masak dengan daging kambing...slurrrppp~
ayam yang sangat lembut dan sedapppppppppp!!


sayur ni rasa macam pahit-pahit sikit...tapi bila makan dengan nasi rasa sedap..rase rangup-rangup giteww...fresshhh!


sekali pandang nampak macam sambal belacan kan?tapi bukan...ni sos untuk nasi arab..memang cukup rasa~masam ade,pedas ade..yummyy!

cuba teka ape ni...?bukan susu..bukan juga santan taw!ni yogurt...sedap bila makan dengan nasi..rasa masam-masam..

after selesai makan, kitaorang solat magrib berjemaah and...terus menonton perlawanan akhir antara Lee Chong Wei and Lin Dan bersama-sama..ju takde la minat sangat sport ni..tapi bila tengok ramai-ramai tu ju rase suare ju yang bising..hahah..boleh pulak kan..bila dah tahu keputusannya baru kitaorang sambung solat isyak n terawih..teruk betul...boleh pulak iklan sekejap..sebelum berangkat pulang, kitaorang sempat makan roti john yang di beli oleh my sis in law..yang ni sangat sedap...ju yang tak berape nak suke roti john ni pun makan taw...Alhamdulillah..syukur di atas rezeki yang telah Allah berikan kepada kita...korang pula ape cerita??

p/s: Semperna Nuzul Quran ni jom kita topup pahala banyak-banyak jom!





Friday, February 10, 2012

syukur Ya Allah...=)

"sedar tak sedar makin hari usia kite makin bertambah..pejam celik pejam celik harini genap la aku 24 tahun..24?bagaikan tidak percaya..terasa masa terlalu pantas berlalu..terasa bagai baru bebepa bulan aku meninggalkan zaman persekolahan...baru bebepa hari aku meninggalkan zaman matrik..baru bebepa jam aku meninggalkan zaman degree...tapi hakikatnya.....hurmm...sudah hampir 7 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan.."


SYUKUR YA ALLAH

aku masih diberikan nikmat untuk menghirup udara di bumi mu Ya Allah..semoga aku diberikan peluang untuk berjumpa dengan 11 februari yang akan datang. 
aku masih mempunyai keluarga, kekasih serta sahabat yang sering ada tatkala aku memerlukan. sentiasa memberikan dorongan dan galakan dalam menempuhi segala dugaan Mu Ya Allah. 
syukur di atas rezki yang Engkau limpahkan.

aku bersyukur kepadamu Ya Allah di atas HADIAH yang tidak ternilai yang Engkau berikan kepadaku di hari lahir ku =)









Sunday, December 4, 2011

vintage and english style

happy sunday =) wah..dengar sunday dah tau dah mesti tengah bermalas-malasan kan..kan...same la macam ju jugak...penah ke ju rajen? haha...duduk kebosanan di bilik yang sunyi sepi nih...adoiii~tolong la bagi idea nak buat ape..hukhuk

ahad lepas ju ader join satu event yang di anjurkan oleh kak eja a.k.a eja shahril resources...event ape la tu kan?hehehe...GROOMING, HIJAB STYLE AND PHOTOSHOOT EVENT...wah....dah pandai nak ber photoshoot bagai kan...gedix nau!!haha..sekali sekale untuk suke-suke ape salahnye kan...untuk jadi model tak layak kot...dapat bergaye ala-ala model pon dah kire ok la kan..hahaha~

kenape arini baru ju nak update cite yang dah basi ni...???err..actually ju baru dapat update sebab tunggu photag upload picca hasil seni dorang..hehe..dan mereke-mereke ini memang sangat la berbakat dalam meng 'snap' picca yang chantek-chantek..thanks ya!

ni antare pic yang di ambil mase event tu...sori la..ju memang agak kaku cikit nak bergamba ni..maklum la tak pandai posing...gamba syok sendiri pandai la..naseb baek photag yang baek ati ni ajarkan jugak la care nak dapatkan hasil yang macam ni...






okey x?hehe...kire ok lak kan..walaupun tak bape nak pandai bab posing-mosing ni...hehe

ni plak pic bersame teman yang join skali event ni...
iha suhada n hasna izati



sile abaikan pic ju yang dah macam nenek kebayan ni..hahah..ni mase untuk pulang...so dah agak serabut suda...=) gotta go dear...have a nice day



Sunday, November 13, 2011

demam SPM

hai semua...selamat hari isnin...hehe..mesti ramai yang tak suke hari isnin kan...sebab hari isnin kene keje..kene g kelas...memang bosan..but..aku tak de kelas hari isnin..so masih dalam mood holiday even keje belambak tak siap lagi..teruk..teruk...tak cukup-cukup rehat..padahal da cuti raye sampai seminggu..haha..tapi seriously raye tahun ni sangat la tak best!majoriti family aku tak dapat balik...huh!!memang takde feel nak raye langsong..raye pertame keje aku tido jerk..haha

hah!cakap pasal SPM..korang semua mesti ade macam-macam pengalaman menghadapi SPM kan..dulu, time aku SPM, aku terpakse menjawab soalan dengan menggunakan sebelah mate jerk..mane pergi sebelah lagi??ni semua gara-gara dok berkejar dalam dewan makan...akibatnye sebelah dari mate aku tak boleh bukak disebabkan bengkak dan lebam di keliling mate..dah macam panda da time tu...grrrrr....

tapi tu kenangan aku...harap-harap takkan berulang lagi kat orang laen...sekse taw nak jawab exam sebelah mate je...taun ni pulak mase tuk adeq bongsu aku SPM..macam tak percaye je die mungkin tengah duduk dalam dewan ngan kening berkerut-kerut..mungkin!hehe semoga dipermudahkan dalam menjawab soalan-soalan SPM...ingat!!SPM skali je taw!!buat elok-elok...jangan hampakan harapan ayahanda n bonda ye...


dalam seminggu cuti raye ni aku sempat jugak la membantu ape yang patut tuk die menghadapi exam..macam ni la kalau jadi kakak kan...tolong buatkan nota sejarah even aku dulu memang benci gile subject sejarah ni...hahaha..tapi demi adeq..akak buat jugak taw!




sambil buat nota sempat jugak tu tengok cite korea..CITY HUNTER..best!!baek korang tengok..sempat jer buat iklan kat sini.. even aku bukan la minat sangat pon tengok korea...hahaha

pade adeq-adeq yang tengah menghadapi exam SPM taun ni..gudluck tuk korang semua..korang semua pon bole buat...prepare for ur exam k..sebelummasuk exam pastikan

1. mud korang dalam keadaan baek..jangan buat ape-ape yang bole spoilkan mud korang ye
2.slip exam jangan lupe bawak plak..yang ni penting..kalau tertinggal korang mesti tak senang ati nak jawab exam nanti...
3. ic...yang ni korang mesti la kene bawak g mane-mane kan..sepanjang exam ni simpan lam pencil case ye...
4. check pen ader ink ke tak,,jangan bawak pen yang takde ink plak ye adeq-adeq....kalau bole bawak la lebeh..banyak pon takpe...
5. pastikan perut berisi...tapi jangan makan terlalu banyak ye..nanti sakit perut pulak dalam dewan exam...

okey..banyak plak aku membebel kat sini..ok la...all da best semua...






Tuesday, November 1, 2011

be grateful =)


"While you're hating your life just because you can't get what you want, someone is praying to have a life like yours..."

Sunday, October 23, 2011

Ketawa Dan Airmata

ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pasti ku rasa
begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)

meh layan lagu ni time sedih..kompem nanges T_T

Saturday, September 3, 2011

weird in blue~

assalamualaikum semua~
ayahanda dan bonda tercinta
(mereka memang sangat romantik *_* )

selamat hari raye aku ucapkan kat semue muslimin dan muslimat~
tema family aku tahun ni biru..
errr...memang aku sangat la tak semangat nak beraye kan..huhu T_T
kenape biru?
kenape?kenape?kenape?
hah!!siape nak di salahkan ni?hehe

aku terase nampak pelik sangat bile pakai baju kurung warne biru..rase macam bukan aku jerk
memang korang sedie maklum la kan aku memang tak dapat berpisah dengan warne ijau aku tu
tub tub tibe-tibe cakap wajib pakai biru pulak...
agak terpakse la kan...huhu...
nak tengok aku pakai baju biru??
jom layan...

my only little bro~
abangku!
kakak-kakakku accept yang tudung puteh 2 *sebok!
adeq-adeqku accept blue shawl~dats my sista in law!
raye kali ni tak syokk sebab ader family member yang tak dapat pulang..not complete
T______T


here