Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Monday, October 30, 2017

RESEPI ESP : ESP + PISANG + PEANUT BUTTER

Assalamualaikum. Good morning guys! 🍌


Tengah buntu nak sarapan apa ke tu? Harini Jue nak share resepi untuk menghilangkan kebuntuan korang.

ESP + PISANG + PEANUT BUTTER.


 



Cara buat boleh refer video and gambar. Tak susah pun korang nak dapat sarapan yang berkhasiat and kenyang lebih lama.

Tambahan pula, pisang boleh bantu korang untuk detox secara semulajadi. Bila dah detox, barulah badan rasa ringan jee. Ye dok.

Malas cakap banyak. Korang tengok la sendiri. 🤤

Ayujue | 019 767 1102
Founder of Stupendous Gems

Friday, October 13, 2017

RESEPI ESP : ESP + YOGURT + EPAL HIJAU

Selamat Pagi. 🍏🍏🍏
Breakfast apa pagi ni?

Sebelum ni Jue selalu dengar orang cakap,

“Takut beli nanti tak makan sebab tak suka sangat rase soya”

Bagi korang yang tak boleh nak telan rasa asli soya tu, JANGAN TAKUT. Kita boleh PELBAGAIKAN RASA ESP ikut citarasa kita!

Harini Jue tunjuk cara bancuh ESP dengan EPAL HIJAU. Korang boleh je gantikan buah epal dengan buah buah lain. Tapi untuk Jue, Jue prefer rasa masam masam sikit.





Kalau hari-hari minum yang sama je bosan jugak. Sesekali boleh pelbagaikan dengan resipi lain.
Resipi and cara membuat boleh refer gambar and video okayyy?

Instead of kenyang lebih lama, epal hijau sangat rendah kalori. Sesuai sangattt la dengan korang yang nak diet.


PROMO ESP BULAN NI MASIH BERJALAN!



Nak selit order? Meh rojer rojerrr!

Wednesday, October 11, 2017

::KISAH SAYA DAN SHAKLEE::

Nak cerita tentang produk, mungkin dah ramai yang tahu dan kenal kebaikan Shaklee kan, tak perlu terangkan panjang lebar.

Jadi, harini Jue terpanggil untuk berkongsi kisah macam mana Jue boleh terjebak dengan bisnes Shaklee. Jue sebenarnya dah mendaftar sebagai SID 3 4 tahun lepas. Ya! Dah lama dah. Pernah je cuba berniat nak jual. Tapi main main. Akhirnya, give up!

Kenapa give up? Actually, masa tu Jue duduk dalam zon selesa. Which is sangat bahaya! Its not good. Once kita rasa selesa, memang kita takkan usaha sungguh sungguh. Rasa cukup. So, tak perlu pun usaha lebih untuk dapatkan extra. Itulah penipuan terbesar kepada diri sendiri.



Bulan Ogos tahun lepas terfikir untuk serius semula dengan Shaklee. Masa tu Master Lyana Hisham (MLH) pergi conference kat US. Iols is jelesss tengok dia dapat jalan jalan dengan 100% tajaan daripada Shaklee. Syoknyee!! 😱Laju laju PM MLH bagitau hasrat nak aktif semula.

Banyak faktor kenapa Jue mula semula aktifkan diri dengan Shaklee. Salah satunya, Jue bukan dari family yang senang. Tapi, Jue memang jenis yang tak suka orang pandang Jue susah. Means takde duit, nak minta simpati orang lain. Oh no! Kita kena kerja kuat untuk dapatkan apa yang kita nak, dengan usaha sendiri.

"Rezeki Allah turunkan tidak pernah salah alamat dan akan datang tepat pada waktunya"

Betul! Once Jue betul betul serius nak buat Shaklee, Allah permudahkan jalan. Niat kita akan mendorong kita untuk bergerak! Mungkin 3 4 tahun lepas Jue belum mampu untuk menjadi leader kepada team Stupendous Gems yang ada sekarang.

Bulan pertama, Jue usaha sungguh sungguh. Jue capai bonus tiga angka. Walaupun tak capai target, syukur Alhamdulillah. Sekurang kurangnya nampak hasil.

Bulan seterusnya Jue cari mana kurangnya. Terus slow talk dengan mak, minta mak doakan setiap hari. Doa spesific untuk Jue rank up bulan tu. Allah mudahkan jalan. Jue dapat lahirkan 12 orang anak dalam team Stupendous Gems dalam masa yang sangat singkat. Alhamdulillah. Bulan yang sama Jue dapat rank up as Supervisor dan sekarang di rank Coordinator.

Sekarang Jue sedang berusaha untuk bantu anak anak Stupendous Gems rank up sama sama. Team Stupendous Gems pun semakin berkembang. Dah berkembang sampai level keempat and ada 133 orang ahli. Alhamdulillah. Well done guys! happy sangat dikurniakan anak anak bisnes yang positif dan bersemangat!

Master to be Ayujue | Stupendous Gems
www.wasap.my/60197671102

Monday, March 13, 2017

MASTER DR AYUJUE

Assalamualaikum

Siapa saya? Haa. Ni bukan nak buat karangan autobiografi saya sebatang pen atau saya sebiji bola ye. Ni kisah benar, saya seorang Manusia. 😂

Ada tak dalam ni yang tak kenal Jue secara personal? Mesti ada kan? So, Jue nak intro sikit untuk siapa yang tak kenal. Yang kenal, dok diam diam jadi silent reader je tau. Jangan kecam kakak. Kakak tak kuat 😜

 



Jue berasal dari Raub, Pahang. Ye, kome orang Raub weh! Dulu sekoloh kat clifford nu hah. Kat lepeh. Tapi abes je SPM terus merantau ke Johor. Dah satu dekad dah hah dok Johor ni. Dah jangkit jadi orang Johor seyh!

Okay, actually Jue sambung study kat JB ni. Dari Degree, Master, PhD semua kat UTM Skudai ni. Sekarang Jue tengah struggle nak habiskan PhD, dalam masa yang sama Jue aktif dengan bisnes online iaitu RUQSANA RAQIELLA dan juga SHAKLEE. 

Macam mana boleh TERJEBAK?

Okay, Jue pada asalnya join shaklee untuk guna sendiri. Beli dengan Free membership daripada kawan matrik dulu, Lyana Hisham. Awal awal dulu cuba juga nak try jual. Tapi terasa susah sangat. Mungkin sebab masa tu berada dalam zon selesa dan belum bersedia untuk serius. 

Last year, bulan 8 Jue decide nak aktif semula. Nasib baiklah my upline yang baik hati ni terima balik anak die ni ha. Tapi Jue tak tangguh dah. Bulan 8 Jue decide nak start tu Jue mula dengan ZERO! Yes! ZERO. Jue dah stop dekat 3 tahun. Cara nak kira bonus pun tak ingat dah.

But Jue manage to rank up SUPERVISOR BULAN SEPTEMBER dan rank up SR SUPERVISOR BULAN OKTOBER. Bangga dengan diri sendiri! Tapi Jue taknak selesa tahap tu je. Alang alang melangkah biar sampai penghujung kan? Bulan ni in syaa Allah Jue akan rank up COORDINATOR dan dapat completekan CAR BONUS PROGRAM untuk bulan terakhir.

Cita cita Jue tinggi untuk tamatkan PhD dan capai rank tertinggi tahun ni juga. Iaitu 2017! Jadi Jue berusaha sangat gigih untuk capai impian Jue. Doakan tahun ni Jue berjaya bergelar MASTER DR AYUJUE! Oh ya, Doakan dapat title PUAN sekali 😂

Ayujue | 011 1080 3393
Phd Student LAnD
Founder of Stupendous Gems
Co Founder of Ruqsana Raqiella

Shaklee Effect

Assalamualaikum. 


harini Jue nak cerita tentang supplement yang Jue ambil. Supplement apa yang Jue sendiri Consume? Jue memang seorang yang suka buat macam macam dalam satu masa. Buat hal sendiri. Happy! Try to do something yang kadang kadang orang rasa, "tak penat ke?" Yes! Memang penat! Tapi penat dalam happy. Puas.

Kenapa happy? Kenapa puas?

Its our passion! Dulu, tak minat pun berbisnes ni. Apatah lagi nak jadi leader dalam bisnes. Tapi once dah terjebak! Alahai, best nya ada kawan kawan yang supportive. Yang tak look down kita even kita banyakkk kekurangan. Siap bantu lagi! Terharu! I just love the environment.


Back to main point! Mudah betul lari topik. haha. Untuk urusan seharian Jue as PhD Student and dalam masa yang sama Jue buat dua bisnes, Jue sangat sangat perlu consume supplement yang boleh bagi Jue energy.

Supplemet yang Jue memang tak missed makan setiap hari ialah ESP, VITALEA AND VITAMIN C. Antara kesan yang Jue sendiri rasa,
Lebih bertenaga. Vitalea and ESP memang bertindak sebagai pemberi tenaga. Lepas consume, Jue memang tak cepat penat. Kalau tak, memang cepat sangat lemau. Lepas tu pantang fikir banyak sikit, mula la sakit kepala.

Jue dalam proses naikkan berat badan. Sekarang kurang berat. Kurus sangat tak cantik la kan. Stress gamaknya study. haha. After timbang berat haritu terkejut! okay! Patut asa yang tegur Jue berisi. Naik 4 kilo! yeayy!

Kulit Jue sebelum ni memang kurang jerawat. Tapi kulit Jue kusam and tak bermaya je. Sekarang dah tak kusam sangat dah. Kulit pun nampak lebih sihat. Siapa taknak cantik kan? Haruslah nak!

Rambut gugur dah kurang. Ni memang masalah perempuan sangat. Sekali sikat tu, alamak!Penuh lantai dengan rambut gugur. Alhamdulillah, sekarang nampak lebih sihat dan lebih tebal dari sebelum.

Alhamdulillah. Jue dah rasa perubahan pada diri Jue sendiri. Sekarang nak kongsi kelebihan dan manfaat tu dengan semua. Jom Shaklee uols!
.

Ayujue Shaklee | 01110803393

Wednesday, October 12, 2016

SPECTACULAR Motivation and Recognition Event


Shaklee is not a PART TIME or FULL TIME business. Its a LIFETIME Business.

Syukur, Alhamdulillah.


Pada 9 September 2016 Jue berpeluang menyertai Spectacular Motivation and Recognition Event yang telah dianjurkan oleh Master Nana Macarona (MNM). Majlis ini bertujuan untuk meraikan Master master baru yang lahir dibawah empayar Spectacular dan perkongsian pengalaman daripada mereka mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan di dalam bisnes Shaklee. Salah seorang daripada mereka yang bejaya mencapai kedudukan tertinggi ialah upline Jue iaitu Master Lyana Hisham (MLH).






Sesi perkongsian pengalaman daripada Master master hebat iaitu Master Haji Roslan Ghazali, Master Iffah Anuar dan Master Firdhaus Zulkifli. Terima Kasih atas perkongsian ilmu dan sudi meluangkan masa dan memberi sokongan dan semangat kepada kami untuk terus berjaya! Aura mereka yang telah berjaya memang sangat luar biasa menjadikan kami terus bersemangat untuk lebih maju dan tidak mudah putus asa.


Selain tu juga Jue berpeluang untuk berjumpa dengan teammate empayar Phenomenal Pearls dibawah naungan Master Lyana Hisyam yang sebelum ni hanya berkenalan melalui aplikasi whatsapp sahaja. Ukhwah yang terbina bagaikan sebuah keluarga besar sedikit sebanyak membantu memberi semangat untuk lebih berjaya. 






Balik dari event tak sempat balik rumah, terus jumpa salah sorang Stupendous Gems di KL. Sambil coaching sambil shopping and minum kopi. Flexible sangat tau!😂

Sampai rumah sambung transfer aura kepada semua anak cucu Stupendous. Semoga semua lepas ni terus semangat dan lebih bermotivasi untuk buat sales berganda. Yang penting, bonda nak pastikan semua rank up! 💪

Lepas ni nak datang event bawak semua anak anak Stupendous Gems sekali. Serap ilmu dan aura mereka mereka ni.💕

Ayujue Shaklee | 01110803393

Shaklee Future Leader

Tuesday, July 8, 2014

Pembelian SHAKLEE Secara Online

Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat Ju nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan AL-Mubarak kepada Uols semua dimana pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan ini sebaiknya.

Harini Ju nak share how to make order direct dengan SHAKLEE via Online. Nowadays semua benda nak buat online kan. Kemudahan dah ada depan mata, kena lah guna. Kalau tak Khufur nikmat pulak. Ye dak?? ahaks! 

Setiap orang yang membeli supplement ni memerlukan guidance dari orang yang lebih tahu tentang produk tersebut. Kalau dalam Shaklee, Korang akan di bantu oleh Shaklee Independent Distributor (SID). Mereka akan suggestkan supplement apa yang sesuai dengan masalah yang korang hadapi dan akan guide korang cara pemakanan yang terbaik. 

But, mungkin bagi sesetengah orang memandang SID sebagai orang yang mengaut keuntungan semata-mata. So mereka kurang percaya dengan SID dan lebih suka mencari sendiri cara apa yang terbaik untuk diri mereka.. ye dak? Zaman IT ni, semua hujung jari. So everything boleh google je. 

Tapi timbul masalah masa nak buat pembelian. Sebelum ni, Bila nak buat pembelian perlu melalui SID. Betul tak? Hanya yang ada membership sahaja yang boleh membeli secara online direct dengan Shaklee. Orang yang bukan member tak boleh nak masuk dalam sistem Shaklee secara online. 

Ok! berita baik untuk korang semua! sekarang korang semua dah boleh membuat pembelian secara online. Ya! ONLINE! Tapi macam mana?? Mudah je! korang just klik link ni SHAKLEE ONLINE atau klik pada gambar kat bawah ni.




  1. Firstly korang baca dulu online ordering agreement. Lepas dah baca dan faham term and condition die, korang klik agree
  2. Then, korang just tick which one produk yang korang nak beli and klik button checkout kat hujung belah kanan. 
  3. Masukkan personal detail. Check detail penghantaran tu betul-betul tau! After confirm klik continue
  4. Check produk yang korang order kat order summary and then klik proceed payment
  5. Masukkan detail. Pembayaran boleh di buat melalui credit/debit card. Last but not least, Confirm payment. 
  6. Done!


SELAMAT MENCUBA!!!



With Love,
Ayujue

Monday, March 10, 2014

Vivix Shaklee - Rawatan Diabetes

Assalamualaikum.. 

Harini Nak share dengan Uols tentang produk Vivix Shaklee..

Last month Mak Ju pergi check up. Kesihatan Mak kurang baik. Mak asyik pening-pening and rasa nak tumbang. Selera makan pun tak berapa. Lepas pergi check up dapat tahu bacaan kencing manis Mak 24. Ya Allah, 24 tu sangat tinggi ok! Bukan setakat tu, darah tinggi pun naik. T_T Sampai nurse cakap kalau tak kawal boleh dapat Strok. Berita ni sangat merisaukan kami sekeluarga. 




Selepas berbincang dengan ahli keluarga, kami sepakat nak bagi mak cuba Vivix Shaklee. Walaupun harga agak mahal, tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan kesihatan orang yang kita sayang kan. So, sebulat suara setuju untuk hadiahkan Mak Vivix Shaklee. 


Belum sampai 2 weeks Mak Ju amalkan Vivix Shaklee, pagi tadi dapat panggilan telefon.. 

Mak : Ju, Mak nak pergi klinik ni.. nak buat check up..
Ju     : Okay, Mak dah dapat result nanti bagitau tau...
(Dupdapdupdap hati ni.. berharap supaya ada berita baik dari Mak.. Selepas satu jam, dapat panggilan telefon sekali lagi..)

Mak : Ju, bacaan kencing manis dah turun.. tadi mak pergi check 10.6..

What else to say? ALhamdulillah.. Syukur Ya Allah T_T. Rasa macam senang hati sangat bila dapat tahu kesihatan Mak bertambah baik.. Sesungguhnya kesembuhan datangnya dari Allah, namun Manusia wajib berusaha sebaik mungkin. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada anda juga =) 

Kalau uols atau ibu bapa uols ada menghidap kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dalam satu masa, serta tak mahu telan pelbagai jenis pil, ambillah Vivix Shaklee. Highly recommended! In syaa Allah uols akan dapat lihat sendiri perubahannya! Harga? boleh bincang =)

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Vivix Shaklee dengan harga yang terbaik boleh contact Ju ok!

Wechat : ayujue
Email : ayujue.shaklee@gmail.com

Ni Ju sertakan antara testimoni Vivix Shaklee. Uols bila lagi? Next entry Ju akan ceritakan Manfaat dan Kebaikan Vivix Shaklee dan kenapa uols perlu dapatkan. Till then.. Assalamualaikum~








Friday, March 7, 2014

Kebaikan dan Khasiat ESP Shaklee

ESP Shaklee ni memang famous.. Mungkin ada yang tak berapa tahu atau ada yang tak pernah dengar pun nama produk Shaklee yang lain melainkan ESP. Dulu Ju tertanya-tanya juga kenapa orang suka sangat dengan Produk ESP ni... Rupanya terdapat macam-macam kebaikan dan khasiat di dalam 1 canister. No wonder orang dok tergila-gila.. hikhik.. and 1 canister bolah tahan sampai 2 bulan.. berbaloi kan?? Nak tau famous tak famous nya ESP ni, sejak ada PROMO ESP ni (March 2014) hari-hari ada yang merisik pasal ESP.. Baru seminggu Promo ESP ni berjalan, Ju dah dapat jual 7 Canister.. Wahhh! hebat kan penangan ESP! hee.. 




7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:


1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit, anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Berminat jangan sesegan contact Ju okayh! Nanti Ju update cara penyediaan ESP yang boleh buat korang semua terliur.. Hikhik.. 

email : ayujue.shaklee@gmail.com
wechat : ayujue

Promo Energizing Soy Protein (ESP)

Alhamdulillah.. Promo yang ditunggu-tunggu oleh pengguna Shaklee termasuk la Ju telah tiba.. Dah lama Ju tunggu Shaklee buat promo tau! Kalau nak tahu, ESP ni merupakan Hot produk Shaklee... Bagi sesiapa yang masih berkira-kira nak beli ESP SHAKLEE before ni, this month jangan berkira dah ye.. Bukan selalu tau Shaklee nak buat promo camni..


Yes, buy 6 canister ESP you will get 1 Canister for FREE!
Bukan je dapat FREE 1 canister ESP, dapat FREE MEMBERSHIP lagi tuuu... So ape tunggu lagi? pakat ajak kawan-kawan or family share beli ok! Nanti boleh dapat FREE MEMBERSHIP..

Bagi yang nak beli 1 Canister ESP je pun boleh contact Ju.. Harga Super duper murah berbanding dengan bulan-bulan biasa.. 


dan anda juga boleh dapatkan Shaker yang cantik ni... Mudah untuk Shake ESP everyday ;)


Siapa yang perlu ambil ESP?

1. Ibu yang sedang hamil.
2. Ibu yang sedang menyusukan anak
3. Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4. Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5. Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6. Orang yang inginkan Kesihatan Optimum
7. Orang yang mempunyai masalah kesuburan

Next entry ju akan ceritakan manfaat dan kelebihan pengambilan ESP Shaklee ni dan kenapa ramai pengguna Shaklee sangat suka dengan produk ini.. =) 

Berminat jangan sesegan contact Ju okayh!

email : ayujue.shaklee@gmail.com
wechat : ayujue



Sunday, January 12, 2014

SHAKLEE Independent Distributor (SID)



Alhamdulillah.. 


Saya merupakan salah seorang pengedar sah SHAKLEE.. Yes! I am the SHAKLEE Independent Distributor.. Tak pernah terfikir sebelum ni yang saya akan terjebak menjadi salah seorang distributor SHAKLEE.. Niat asal menjadi ahli adalah untuk kegunaan sendiri.. Tapi bila dah guna sendiri produk dari SHAKLEE, Alhamdulillah saya berpuas hati dan tidak takut untuk promote benda baik kepada orang lain.. Tambahan pula, ada yang percaya untuk membuat pembelian dengan saya.. Thanks sangat-sangat..! Really appreciated it!

SHAKLEE antara produk kesihatan yang sudah terkenal.. Jadi tak susah untuk promote.. Sebut sahaja SHAKLEE memang ramai yang dah tahu produknya yang superb.. sebut sahaja SHAKLEE memang ramai jek yang kenal vitamin-vitaminnya yang diperbuat dari bahan semulajadi.. sebut sahaja SHAKLEE memang ramai sahaja yang mengakui telah 'consume' vitaminnya yang pelbagai..



Mahu menjadi ahli Shaklee..? Mungkin ada antara anda yang berminat bersama-sama saya untuk menjadi ahli SHAKLEE tetapi tak tahu macamane cara untuk menjadi ahli shaklee. Tak kiralah sama ada untuk tujuan kegunaan sendiri atau dengan tujuan untuk menjadikan sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan, caranya tetap sama.. anda hubungi saya.. 


1] Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Tambahan RM10 untuk semenanjung / RM20 sabah sarawak untuk kos penghantaran.. Keahlian adalah seumur hidup.. Ya! SEUMUR HIDUP.. Tak perlu renew.



2] berikan maklumat dibawah kepada saya untuk saya daftarkan keahlian anda


  • Nama Penuh : 
  • No. Ic :
  • Alamat : 
  • No. Phone : 
  • Email : 
  • No. Akaun & Nama Bank : 
  • Nama Pasangan (untuk yang berkahwin) : 
  • No. Ic Pasangan :

3] Setelah saya menerima bayaran keahlian daripada anda ( no akaun untuk bayaran akan diberikan melalui sms), saya akan segera mendaftarkan kealian anda didalam sistem.. No. Keahlian anda akan diberikan sejurus saya selesai mendaftar.

4] Anda akan terus boleh login ke dalam sistem untuk menyemak maklumat anda yang telah saya 'keyin'.. dan anda boleh terus membuat pembelian.. mudah kan (^_^)

5] Bagi anda yang mahu menjadikan shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan, saya akan bantu anda.. Kelas akan dibuat secara online.. anda akan dibimbing dan di guide cara-cara untuk mendapat income dari SHAKLEE.. 

Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi saya melalui:

email : ayujue.shaklee@gmail.com
weChat : ayujue





here