Saturday, December 16, 2017

Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor

Assalamualaikum. Happy Sunday guys!

Siapa yang follow FB Jue, haritu Jue ada janji nak share tentang perjalanan hiking Jue dan kawan kawan ke TASIK BIRU yang superb cantik tu. Disebabkan 2 orang dari geng lab Jue akan mula bertugas untuk kerjaya masing masing, we alls mula search aktiviti yang tak memerlukan budget yang tinggi. Maklumlah, Student! Tapi, cipta memori bersama tu penting orang kata. Barulah ada rasa rindu bila berjauhan. giteww! Tasik Biru ni terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai. Dekat je dengan UTM, SKUDAI ni, tapi apakan daya, dah 10 tahun menetap di UTM ni, penutup tahun 2017 baru tahu ada tempat best macam ni. Kesian. 




Nak masuk ke kawasan ni, takde "signboard cekelat" macam pusat rekreasi yang kita biasa pergi tau. Sebab kawasan ni actually kawasan perlombongan. Kalau selepas masuk kawasan perumahan, you alls kena lalu kawasan jalan berbatu tu, you're in a right track la tuu. Terus je masuk sampai you alls jumpa kawasan lapang untuk parking.



Dari sini lah bermulanya pengembaraan you alls. Bermula dengan laluan selepas palang besi, ada jalan ladang kelapa sawit. Kat sini you alls boleh la baling dadu nak ke kanan atau ke kiri. Kalau salah jalan, padan muka! haha. Okay, Jue taklah kejam sangat. Actually, both jalan you alls boleh guna. Masa first time Jue pergi, we alls just ikut instinct je. Instinct tak berapa baik, we alls pilih kanan, lebih afdhal. Rupanya lalu jalan yang agak mencabar. Berjalan kaki sejauh 1km melalui ladang kelapa sawit dan dalam 50 meter mendaki akan sampai dipuncak. Di punya mendaki mencabar babe! Tapi setiap kawasan yang agak bahaya, dah tersedia dengan tali. So, jangan risau!



Ini view yang you alls akan dapat dari puncak. Bila dah sampai kat sini, baru tahu yang kalau pilih kanan tadi, akan sampai juga kesini tapi melalui jalan yang lebih landai. Hoho!
Kat atas puncak bukit ada 2 laluan, ke kanan menuruni bukit akan sampai ke kaki Tasik Biru. Manakala sebelah kanan ada lalulan jalan kebun dan berbukit denai sejauh 7 km menyusuri lereng bukit untuk sampai kembali ke Tasik Biru.  you alls ada pilihan untuk terus menikmati kecantikan Tasik Biru atau meneruskan perjalanan untuk explore lebih lagi. 

We alls pilih (sekali lagi tersalah buat pilihan sebenarnya) untuk tawaf pusing satu Tasik Biru, jadi we alls teruskan pendakian yang lebih mencabar. Memang mencabar. Dah 1jam perjalanan, terjumpa seorang uncle yang sama sama naik dengan we alls awal perjalanan tadi tapi melalui jalan yang berlainan. Bila di tanya, katanya, 

"kamu baru berjalan 1/3 perjalanan untuk sampai ke destinasi"

Seriuslahh unclee! We alls macam nak tercabut urat kaki dah nii.. huwaaa!

Kalau you alls naik and ternampak uncle ni, hye hye bye bye la dia ye. Uncle ni umur 69 tahun tauu. Dia naik ke sini almost every day, Yes! EVERY DAY! Tak tercabar ke you alls yang baru nak masuk 3 series dah mengah macam ape tu? Haha. (Abaikan gambar shaking. tercabar letew)
Selepas meneruskan perjalanan melalui trek dalam 5 km, you alls akan jumpa 2 empangan, Laluan kiri masuk menuruni bukit akan sampai ke lurah Tasik biru. Wahhh!! Kat sini you alls mesti tak sangka wujudnya banyakk ikan dalam tasik ni. Pantang di campak roti, pasti ikan akan datang mengerumun dengan rakus.



 





Selepas naik semula dari lurah tasik, You alls akan menyusuri tepi tasik untuk sampai ke empangan ke 2. Di empangan kedua ni pun you alls boleh je bagi makan ikan. Merasa lah ikan ikan tu makan karipap 3 singgit makcik jual tepi jalan Pulai tu.

Memang banyakkk sangatt ikan kat sini! Rasa nak tangkap buat spa ikan kat bilik. Lol!




Dari empangan ke 2, you alls perlu mendaki bukit, semak dan berteping tinggi baru la akan jumpa semula dengan Tasik Biru. Tadaa! Meh Jue Share antara view yang menarik di sini.



MASYAA ALLAH






Cantikk kan?? Masyaa Allahh. Disebabkan view kat sini sangatlah cantik, lama juga we alls bertapak kat sini. Nasib tak bentang tikar siap siap untuk picnic. hee

Last sekali, lepas you alls jumpa jurang macam gambar kat bawah ni, you all akan jumpa semula jalan pertama dan keluar dari Tasik Biru. 



TAPI.. Macam mana kita happy pun nak menikmati keindahan Tasik Biru ni, you should know, ada bahaya nya. Now, let me tell you info about Tasik Biru. Macam mana boleh terbentuknya tasik yang cantik dengan air yang biru ni?

Tasik Biru ni bukanlah tasik semulajadi, ianya terbentuk oleh lombong Kuari yang ditinggalkan begitu sahaja. Walaupun memang ada perancangan selepas itu, proses membangunkan kawasan bekas lombong memakan masa. Terdapat banyak kawasan bekas lombong yang telah di bangunkan dan kini menjadi pusat tumpuan perlancongan dan rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir.

APA ITU KUARI?

Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan terbuka bagi mendapatkan batu atau galian dan biasanya dijalankan di kawasan berbukit.

Di Malaysia, lesen syarikat kuari di keluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah bongkah batu yang diletupkan akan runtuh dan jatuh, seterusnya di hantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.

ASAL TASIK KUARI

Hasil perlombongan dan letupan bukit mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih di sebabkan tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun di tinggalkan.

Tasik kuari kemungkinan mempunyai kedalaman 2 hingga 20 meter dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. 

Bahayanya di kawasan ini ialah tebing bukit yang tinggi dan berbatu boleh menyebabkan tergelincir dan air yang dalam. Banyak kes lemas di tasik akuari telah di rekodkan. Hati hati ya!

Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meninggalkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Di sebabkan itu, anda tidak digalakkan untuk mandi.

TIPS SEBELUM MULAKAN AKTIVITI 'HIKING'

  1. Pilih KASUT yang betul. Ada trek yang agak licin terutama pada waktu pagi and kalau incase hujan.
  2. Jangan lupa bawa AIR MASAK. Kalau you alls ikut trek jauh, Air tasik tu pun you akan rasa nak sedut je guna straw!
  3. Before gerak, SUPPLEMENT jangan lupa makan. Barulah naik sentiasa bertenaga sepanjang pendakian. Yang penting, balik pun tak lah sakit sakit badan. :)

Semoga perkongsian ni dapat membantu you alls semua. 

Love,




No comments:

here