Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Hotel 89 Batam, Indoneisa

Assalamualikum semua..okayh..disebabkan ju dah janji nak update berkenaan dengan accommodation and makanan halal di Batam, harini ju merajinkan diri menaip untuk korang..semoga dapat membantu korang semua untuk plan percutian ke Batam..=) Di Batam ni terdapat banyak Hotel yang korang semua boleh pilih..Tapi time ju pergi dulu, semuanya telah di sediakan oleh tour guide termasuklah pemilihan makanan Halal di sana..Masa di sana, Ju menginap di Hotel 89..3 star Hotel..Untuk ju yang bergelar student ni, dah cukup mewah dah hotel tu...



Hotel 89 ini terletak di tengah-tengah bandar. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat bagi korang yang ingin melawat Kota Batam. Ianya disebabkan Hotel 89 ini terletak di kawasan yang strategik dikelilingi oleh pejabat, kedai-kedai, pusat membeli- belah, gerai makanan dan banyak lagi. 


Firstly ju nak ceritakan tentang bilik tidur..bila kita travel ke sesuatu tempat, semestinya keselesaan yang kita mahukan..Bilik Tidur di  Hotel ni sangat Unik..Bilik-bilik yang bersebelahan dengan bilik ju, semuanya mempunyai design yang berlainan..ada yang masuk terus nampak katil, ada yang masuk nampak meja makan dulu..ada yang ada pintu untuk ke bilik sebelah dan macam-macam la..okayh..ni la bilik ju di sana...masuk-masuk terus nampak ni..bilik ju nampak macam apartment kan?


okayh..tengok katil ni confirm rasa macam nak landing ke kan...


terdapat juga perkhidmatan penghantaran ke bilik..macam-macam ado!




selain itu, Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. antaranya kemudahan televisyen, gimnasium yang lengkap, berehat di jakuzi, Sauna dan sebagainya. Best kan?? Yang paling penting sekali, terdapat kemudahan WIFI! okayh..yang ni paling penting sebab mudah untuk kita berkomunikasi memandangkan zaman sekarang ni, Internet di hujung jari kan! semuanya ada gadget masing-masing..tab, ipad bagai..techno!



Bagi yang datang atas urusan kerja atau mesyuarat..Hotel ini ada menyediakan bilik-bilik yang sesuai untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat atau seminar..


gambar takde kaitan..mungkin ini sejenis penyakit berjangkit bila nampak cermin..=P

secara overall kitorang selesa tinggal di hotel ni.. recommended for those yang nak pergi ke Batam..untuk maklumat lanjut..boleh bukak webside hotel ni terus ye...www.89hotel.com..okayh itu je serba sedikit yang ju dapat share tentang penginapan di sana..pasal makan nanti ju akan buat entry lain ye..





Friday, November 30, 2012

Batam, Indonesia

Assalamualikum kakak-kakak..ibuk-ibuk..smoga sihat kalian semuanya ya!harini cik ayujue mau ngajak kalian semua liburan di Batam..haha..(ada minah indon sesat kat blog nih!!)..



Okayh..first nak perkenalkan Batam secara keseluruhan dulu kat korang..Batam ni juga dikenali sebagai Kepulauan Riau..satu kawasan di Indonesia yang agak maju disebabkan kawasannya yang berdekatan dengan Johor Bahru and Singapore!..Jadi pembangunannya pun haruslah setanding..=) Ju kesana tak lama..3 hari 2 malam sahaja..kalau ikutkan memang tak cukup masa nak lawat seluruh kawasan Batam dalam tempoh masa yang singkat..tapi kira ok la untuk lawatan pertama kali kan..next time boleh datang lagi..bukan jauh sangat pun dengan Johor Bahru ni..hehe..."sediakan aja ongkosnya..semuanya ditanggung beres..haha.." Perjalanan menaiki feri dari johor bahru ke Batam mengambil masa 1 jam setengah je..lebih kurang macam nak ke langkawi dulu..nasib baik ju bukan orang yang mabuk laut..*tapi makan juga ubat tahan mabuk sebab rasa tak sihat sangat masa tu*

  
Tabita Furniture

Sampai di sana transport telah tersedia membawa kitaorang meneroka kota Batam..haha..propa lebih! kitaorang tak terus ke hotel..tempat pertama kitaorang singgah ialah TABITA FURNITURE..aigooo! Memang chantek! sila pensan bagi peminat perabot!hehe..Design perabot kayu jati memang menjadi dambaan setiap insan..chewwaahhhh...kalau ada rumah sendiri..sure nak beli! 


cantik kan?memang sangat cantik!! dengan rekaan dan seni ukir yang nampak ekslusif pasti memikat hati..

Barelang Bridge

Barelang Bridge ni adalah singkatan kepada BAtam, REmpang dan gaLANG yang menghubungkan tujuh pulau iaitu Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. okayh..tu je ju tahu pasal sejarah jambatan ni..hehe..


Disebabkan driver kitaorang yang baik hati, kitaorang berpeluang untuk mengambil gambar di kawasan ini..pemandangan disini sangat cantik..cantik kan?





Ole-ole Khas Batam

selalunya bila kita travel, of couse la kita akan bawa pulang bersama souvenir untuk family and kawan-kawan kan? rasa tidak lengkap perjalanan tanpa membawa pulang kenangan untuk orang tersayang..betul tak?  kalau di Batam ni, fridge magnet memang sangat susah nak jumpa..dan bila dah jumpa, harganya mahal pula harganya berbanding dengan keychain..

tapi yang menariknya, di Batam ni mereka ada ole-ole tersendiri..ole-ole yang unik iaitu KEK PISANG..! bukan kek pisang sembarangan ya buk! special dengan pelbagai perisa! 


kedai ini diberi nama Kek Pisang Villa.. kedai ini terletak bersebelahan dengan DIAN PELANGI..semua kek yang dijual di sini berasaskan Kek Pisang cuma toppingnya berbeza..antara perisa yang menarik ialah Choconut, Marble, Brownies, Blueberry, Cheese, Mocha, Pandan Cheese, Black Forest dan Buah Naga..memang sedap..=)


Shopping

okayh..part ni yang paling korang suka kan? shopping..shopping..shopping.. Batam ni memang salah satu tempat di Indonesia yang terkenal dengan tempat untuk shopping..so memang terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh korang semua lawati ..and of course especially for ladies! memang Heaven!! *kalau ada ongkosnya ya!!* jom tengok apa yang ada untuk korang semua shopping di Batam ni~



first, kat sini banyak sangat kedai-kedai yang menjual handbag, purse, luggage dan sebagainya.. kebanyakkan kedai yang menjual barangan ini menggunakan jenama yang terkenal..tapi barangan yang dijual disini bukan barangan yang original ya! semuanya faked! tapi kualiti barangan yang dijual okay! =) 


kalau sebut Indonesia dah pasti famous dengan kain daripada pelbagai jenis fabrik..disini banyak kain-kain yang sesuai dipakai oleh si bakal pengantin di hari bahagia terutamanya jenis fabrik lace..hehe..harga kain ni juga jauh lebih murah dibandingkan dengan harga kain di Malaysia.. Tambahan pula pemakaian baju daripada fakrik Lace bukan sahaja dipakai pada hari-hari penting, ianya sudah menjadi trend masa kini bagi si fashionista..  =P

okayh la..dah panjang berjela dah membebel ni..next entry ju akan bercerita tentang accommodation  and  makanan halal disana..senang bagi korang semua yang nak visit Batam nanti..=) 

Friday, November 16, 2012

Garden by the bay, marina bay mall, Arab Street and Bugis Junction, Singapore

Alhamdulillah..kita masih lagi diberikan nafas untuk berjumpa dengan tahun 1434H iaitu tahun baru dalam bulan islam..semoga kita semua dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT..In syaa Allah =)

untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, ju dan kawan-kawan sibuk travel sana-sini untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama..=) cheewwaah~
10 11 12..memang satu tarikh yang cantik..jatuh pula pada hari sabtu yang menyebabkan ramai yang cuba untuk memaknakan tarikh tersebut dengan cara masing-masing..ada yang kawin..ada yang tunang..ada yang baru bercinta..(eh..eh..semua nak lekatkan tarikh dengan hubungan cinta..apakah??hehe) Tapi bagi kitaorang, tarikh ini sangat bermakna..macam-macam berlaku dalam masa satu hari..ada yang manis..ada yang masam..ada yang pahit..tapi bila campur semua jadi bestt!!hehe

okayh..let starts journey..sila fokus..! =P ..

Pada tarikh tersebut, kitaorang travel ke singapore! ceh~macam jauh sangat travel kan..haha..(semangat sebab passport baru renew..ahaks!) awal-awal pagi lagi kitorang dah gerak dari UTM tercinta untuk elakkan jammed..tapi masuk ke singapore memang tak sah la kalau tak harungi jammed kan..huhu..kalau korang nak masuk ke singapore memang kena manage masa dengan betul..(tips ni!)faham-faham jela berapa ramai makhluk Allah yang keluar masuk ke sana setiap hari..Allahurabbi..memang padat macam tin sadin!hehe..

niat asal untuk pergi ke marina bay sand hotel..sampai-sampai je di singapore, kitorang dah tersesat masuk ke thomson Rd..actually bukan tersesat..tersalah masuk simpang je..tapi bagus juga sebab dapat tengok kawasan-kawasan elit di singapore! kawasan orang kaya-kaya uols! bukan senang~haha..

Destinasi pertama kitaorang pergi ke garden by the bay..niat asal nak parking and jalan-jalan sekitar garden je..best jugak garden ni.cantik dan menarik untuk photo shoot..jom tengok gambar-gambar di sekitar kawasan garden ni..confirm teruja nak pergi juga! *wink*










Dari garden by the bay ni ada jalan tembus ke marina bay mall..bagi korang yang suka barangan branded suka la shopping dekat sini..kitorang tak berniat untuk shopping disini..just nak jalan-jalan memandangkan orang lain dah balik bercuti..err..tapi ju dah terbeli something..haha..apa "something" tu?okayh..tu akan diceritakan kemudian..nanti kantoi..haha!eh?







selepas penat berjalan-jalan cuci mata, kitaorang ke  Arab Street.. okayh! kat sini baru boleh usya-usya barang yang nak di beli..bagi ju, kat Arab Street ni lebih kepada souvenir..kitaorang ke sini just untuk solat and makan..makan??semestinya nasi beriani and murtabak singapore yang menjadi pilihan..sedap okayh! yummy!



Kemudian kitaorang terus ke Bugis Junction..Kalau di marina bay tadi memang dapat cuci mata jela..kalau kat Bugis Junction ni, macam-macam ada..tak perlu nak diceritakan..jom tengok gamba..!! kat sini sempat juga ju zass sehelai dress..ohoi!




nak dijadikan cerita..masa ni la tayar kereta nak pancit kan..nasib baik ada bawa seorang hero malaya..so, dari tangan pegang pen bertukar jadi mekanik sekejap..haha..selesai tukar tayar barulah bergerak pulang ke tanah air..tapi tak boleh nak laju-laju..tayar kecik comel sebelah..hehe


satu pengembaraan yang menarik..!!
okayh..bagi korang yang nak tahu lebih berkenaan singapore boleh klik sini dan sini juga...
*mereka juga blogger ^_^ jom melawat and follow cerita menarik mereka =)~


p/s : tunggu entry seterusnya..nak cerita pasal batam pulak..huhu..(muntah hijau la korang baca entry ju..haha..) 


Thursday, March 29, 2012

Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum

Hai korang. Sabtu lepas Jue pergi bersuka ria di Singapore. Sila jangan jeles ye. Tapi lambat naw update disebabkan kesebukan melanda. Before this Jue dah pernah pergi ke SINGAPORE. Tapi masa tu UNIVERSAL STUDIO ni tak buka lagi. So sempat tingal angan angan je nak masuk and jalan jalan area PULAU SENTOSA and MERLION je..

Kali ni Jue sangatlah excited sebab berpeluang berjalan-jalan and dapat main segala macam game kat dalam tu. Actually, UNIVERSAL STUDIO ni lebih kurang macam MOVIE WORLD yang Jue pernah pergi kat GOLD COAST, AUSTRALIA dulu...dua-dua same syokkkk!!!same best!!nak tahu ape yang menarik kat UNIVERSAL STUDIO  ni? Jom Jue review. Senang korang nak pergi bercuti-cuti di singapore nanti..=)


THE LOST WORLD



Siapa pernah tengok movie Jurassic Park? Kalau tak pernah tengok, baik korang pergi download and tengok sekarang! hehe. Cerita ni best taw!! Mesti ramai yang pernah tengok kan? Ni lah salah satu attraction yang ada kat lost world ni. JURASSIC PARK RAPICS ADVANTURE ni kalau korang naik kena bersedia dengan raincoat kalau tak nak basah..sebab kat sini korang mungkin akan basah and possibly soaked..!! Unexpected..!!Jue basah kot kat sini sebab ingat tak basah sangat. So tak pakai raincoat betul-betul. *padan muka* Selain dari tu, kat lost world ni ade jugak DINO- SOARIN. Tapi yang ni Jue tak naik pun. Macam budak-budak je..*budget dah besar sangat la kan* yang macam ada kat fun fair or kat sunway lagoon tu. Naik burung terbang-terbang. Kat lost world ni juga ada CANOPY FLYER. Yang ni just tengok view dari atas. Tapi ingatkan slow motion je, baru nak berdating kat atas tu, Tertibe laju, terjeritt suda!!AMBER ROCK CLIMB, yang ni additional fee applies. So kalau korang memang jenis suka yang adventure camni mesti tak kesah nak bayar kan. Last attraction kat lost world ni ialah WATER WORLD. Yang ni tak naik and tak pergi pun sebab tak bawak baju. Kang lencun sape nak tanggung..hehe..


FAR FAR AWAY


Ha..siapa pernah tengok cartoon SHREK?? Yang ni serious comel..*sebab dia hijau kan?tahu dah..* tapi keciwa sebab tak berkesempatan nak bergamba ngan shrek...si shrek ni pun satu~lalu time ju tengah beratur..memang tak dapat la nak kejar die...*salahkan shrek pulak kan...* tapi kat sini ju dapat tengok SHREK 4-D ADVENTURE..ok..walaupun ni bukan first time ju tengok movie 4D...tapi tetap excited sebab bila tengok movie 4D ni kite akan rasa macam kita ade dalam movie tu...=) kat far far away ni jugak ada DONKEY LIVE jugak..tapi ju tak pergi yang ni sebab ju pergi naik junior roller coaster ..ENCHANTED AIRWAYS..konon-konon nak warming up before naik yang extreme..selain tu ada jugak MAGIC POTION SPIN..a fantastical ferris wheel for children in fairy godmother's potion shop..again..children!


MADAGASCAR




Mad A Gas Car..haha..kalau sebut madagascar mesti terbayang si Alex, Marty, Melman n Gloria yang kiut-miut tu kan..kan..memang diaorang kiut pun...A CRATE ADVENTURE..kat sini ju naik river boat ride..ohoh!yang ini sangat bosan bagi yang sudah menjangkau 20-an..tettt!!haha..*konon-konon tak layan kan* yang ni sesuai untuk kanak-kanak..naik boat sambil tengok surrounding ala-ala dalam cite madagascar tu...KING JULIEN'S BEACH PARTY-GO-ROUND..ride the crazy carousel with king julien, the lemurs and more of your favourite magadascar characters..=)


NEW YORK



Jom pergi new york pulak!!hehe..attraction kat sini ialah LIGHTS, CAMERA, ACTION!..haha..yang ni hosted by Steven Spielberg..Steven Spielberg ni merupakan director kepada jurassic park..memang best sangat tengok action dalam studio tu..dia cakap action je..semua effect kilat, hujan, guruh, letupan..semua macam real!macam semula jadi..patut la dalam movie pun macam real je...


ANCIENT EGYPT


attraction kat sini pulak ialah REVENGE OF THE MUMMY..ok..yang ni extreme ok!kalau rase ade heart attack ke ape ke..lupekan jela nak naik yang ni...yang ni lebih kurang macam scooby doo ju penah naik kat Movie World Australia dulu..naik roller coaster dalam gelap..memang scary gile!!ade backward bagai..hadoii..lemah jangtung ju!speed die tak payah la cakap kan..*tapi ilang tension dapat menjerit sampai kene marah.."tak penat ke jerit?!" nasib la ye* untuk kanak-kanak pulak ada TREASURE HUNTERS..children can drive their own desert jeep through an abandoned Egyptian excavation site~ 


SCI-FI CITY



ha..yang ni paling-paling extreme!!sesuai sangat la untuk yang memang suke game-game extreme ni!!kat sini ada dua roller coaster..BATTLESTAR GALACTICA CYLON and BATTLESTAR GALACTICA HUMAN..dua-dua best..tapi ju dapat naik satu je..dapat naik yang human..sebelum naik memang berlagak giler nak naik..bile nak turun dah macam orang mabuk..pening!!! bayangkan kelajuan dia 82.2 km/h..90 second dah abis..memang melayang-layang rase badan ni...yang cylon lagi mencabar..tapi ju tak sempat naik..tengah-tengah beratur ade technical problem yang buat delay..so cancel naik..*syukurr~haha*..kalau tak melayang kali kedua la jawabnya..satu lagi attraction yang paling best kat sini ialah TRANSFORMERS THE RIDE:THE ULTIMATE 3D BATTLE..yang ni serious best!!terase macam kita salah satu robot yang tengah fighting~feeling ala-ala Optimus Prime and Autobots pulak..hikhik..and then ade satu lagi attraction iaitu ACCELERATOR..yang ni tuk test our intergalactic stamina on this whirling twirling attraction..yang ni pun ju tak naik sebab tengah pening..haha..

HOLLYWOOD

attraction kat sini pulak ialah MONSTER ROCK..kat sini korang boleh tengok Universal Classic Monster in an all new Rock -N-Roll extravaganza!cakap je lebih..yang ni ju tak tengok pun!!

BUDGET

ok..untuk budget pulak..mesti korang semua nak tahu sal budget kan..kalau nak masuk USS ni, harga tiket S$74 or RM180..biasanya USS ni akan ramai orang..so be prepared la ye..kalau nak naik game yang ade kat dalam ni memang terpakse beratur panjang terutamanya TRANSFORMERS THE RIDE:THE ULTIMATE 3D BATTLE tu..kalau agak-agak korang berkemampuan boleh la ambil pakej UNIVERSAL EXPRESS..semuanya express..boleh potong QUEUE..hehe..untuk universal express ni kena tambah S$50..korang convert la sendiri ye..hehe..korang jugak kene datang awal kalau nak beli tiket sebab orang sangat ramai dan kene beratur panjang...pandai-pandai la budget mase jugak!




ok..stop cerita pasal USS..after menghabiskan mase di USS kitaorang pun beralih arah ke SENTOSA ISLAND..pergi sebab geng-geng ju yang lain nak tengok SONG OF THE SEA..ju dah pernah tengok before ni..tapi tak rugi pun tengok kali kedua...=)




p/s : kalau nak tanye ape-ape boleh tinggalkan komen =) and kalau berminat nak cari tudung macam yang ju pakai tu boleh cari kat  FROGGY FELT CRAFT ye...





Saturday, March 17, 2012

hot air balloon fiesta 2012 =)


cer bace tajuk tu..cer bace..cer bace..dah tentu nye ju nak bercerita berkenaan hot air balloon fiesta yang dok hangat kat putrajaya tu..hehe..hari jumaat lepas, pikir punye pikir nak balik ke tak.balik ke tak..balik ke tak...akhirnye ju buat keputusan untuk balik..tapi bukan balik pahang..balik KL je..ni semua sebab keghairahan hati ni untuk naik belon panas!weeee~

actually, dari fiesta tahun lepas lagi ju dok mengidam nak naik hot air balloon ni..tapi tahun lepas tak kesampaian..so, sebulan lepas ju ada terbaca daripada satu blog ni berkenaan hot air balloon fiesta for dis year..usya punya usya dapat la tahu yang tarikh keramat tu ialah 15th till 18th mac..ape lagi..memang ternanti-nanti la kan...so, akhirnya ju dapat jugak ju pergi ke fiesta tu..takde la ju kempunan nak pergi sane..=)

sampai-sampai sana je..ternampak signboard ALL TICKET SOLD...halammmakk!sikit punya awal kitorang gerak dari rumah, sampai-sampai tetap ticket sold...cehhhh!!frust sekejap..rupanya ticket di hadkan kepada 300 je dalam satu sesi..patut la cepat abis!beriban orang datang kot!tapi rezki menyebelahi ju..tiba-tiba ada sorang kakak ni tanya.."awak nak naik belon tu tak?"..aku cepat-cepat jawab.."ala..memang nak naik..tapi tiket abis!"..lepas tu kakak tu jawab.."haihh..awak tak tahu ke husband awak ni kerja apa"..errr..kak, ni abang saye la...adoiii!!apa-apa la kak..janji ju dapat tiket..haha

ok..bila tiket dah dapat apa lagi..jom pergi beratur...!!hikhik..hikhik..excited!atlast ju dapat naik dengan abang, akak ipar and seorang kawan abang..sebenarnye limit tuk 3 orang je for one trip tu..tapi oleh kerana kami ni kecil molek je..orang yang in charge tu bagi kitorang naik berempat!okey!sangat best ok!ada feeling ala-ala dalam cartoon UP giteww!!tapi kejap sangat!belum puas dapat tengok view dari atas dah kene turun..ok la..bagi chance kat orang lain pulak kan...


tengok la muke ju yang over excited 2!haha


next time nak naik belon kale ijau!tak kire!

ju puas hati sangat dapat naik hot air balloon..thanks 2 warga TNB yang memberi peluang kat ju yep!really appreciated it!kalau tidak mesti ju tak berpeluang nak naik..tak lupa jugak kat geng abang yang gile-gile...wink!

dan sesi malam nye pulak bersuka-suki dengan family di rumah kakak ju di kajang..so tak berkesempatan nak tengok firework..huhu..

muke sengal!


ok ols!zasss~
SIMPLE IS BETTER

p/s : still ada yang kurang!^_^

here