Assalamualaikum
Siapa saya? Haa. Ni bukan nak buat karangan autobiografi saya sebatang pen atau saya sebiji bola ye. Ni kisah benar, saya seorang Manusia. π
Ada tak dalam ni yang tak kenal Jue secara personal? Mesti ada kan? So, Jue nak intro sikit untuk siapa yang tak kenal. Yang kenal, dok diam diam jadi silent reader je tau. Jangan kecam kakak. Kakak tak kuat π
Jue berasal dari Raub, Pahang. Ye, kome orang Raub weh! Dulu sekoloh kat clifford nu hah. Kat lepeh. Tapi abes je SPM terus merantau ke Johor. Dah satu dekad dah hah dok Johor ni. Dah jangkit jadi orang Johor seyh!
Okay, actually Jue sambung study kat JB ni. Dari Degree, Master, PhD semua kat UTM Skudai ni. Sekarang Jue tengah struggle nak habiskan PhD, dalam masa yang sama Jue aktif dengan bisnes online iaitu RUQSANA RAQIELLA dan juga SHAKLEE.
Macam mana boleh TERJEBAK?
Okay, Jue pada asalnya join shaklee untuk guna sendiri. Beli dengan Free membership daripada kawan matrik dulu, Lyana Hisham. Awal awal dulu cuba juga nak try jual. Tapi terasa susah sangat. Mungkin sebab masa tu berada dalam zon selesa dan belum bersedia untuk serius.
Last year, bulan 8 Jue decide nak aktif semula. Nasib baiklah my upline yang baik hati ni terima balik anak die ni ha. Tapi Jue tak tangguh dah. Bulan 8 Jue decide nak start tu Jue mula dengan ZERO! Yes! ZERO. Jue dah stop dekat 3 tahun. Cara nak kira bonus pun tak ingat dah.
But Jue manage to rank up SUPERVISOR BULAN SEPTEMBER dan rank up SR SUPERVISOR BULAN OKTOBER. Bangga dengan diri sendiri! Tapi Jue taknak selesa tahap tu je. Alang alang melangkah biar sampai penghujung kan? Bulan ni in syaa Allah Jue akan rank up COORDINATOR dan dapat completekan CAR BONUS PROGRAM untuk bulan terakhir.
Cita cita Jue tinggi untuk tamatkan PhD dan capai rank tertinggi tahun ni juga. Iaitu 2017! Jadi Jue berusaha sangat gigih untuk capai impian Jue. Doakan tahun ni Jue berjaya bergelar MASTER DR AYUJUE! Oh ya, Doakan dapat title PUAN sekali π
Ayujue | 011 1080 3393
Phd Student LAnD
Founder of Stupendous Gems
Co Founder of Ruqsana Raqiella
No comments:
Post a Comment