Thursday, February 11, 2010

Terima kasih =)





Today is my birthday yang ke-22. Macam tak percaya. Cepat sangat masa berlalu sampai tak sedar umur dah semakin meningkat. fyuhhh!

Thanks Guys! Farahanis, Laila, Mas, Pakcik, Adi and Pejal yang buat surprise birthday for me. I am a Happy girl! Korang memang sangat pandai berlakon. Unexpected. Lepas ni dah boleh jadi retis dah tu. 

Memang tak sangka pun dorang nak celebrate birthday sebab ingatkan makan makan biasa je. Rupanya nak dapat hadiah birthday awal sebab nak balik kampung. hehe. Boleh pulak si pakcik ni subahat sekali dengan korang kan. Patutlah pelik je si Pejal ni tetiba ajak dating. By the way, terharu sangat dengan apa yang korang buat. Thanks juga untuk hadiah Cenonet tu. Pink kau! Satu satunya makhluk pink yang Jue ada, but I love it. hahaha

Thank juga kat mak yang bagi bangle baru sempena birthday yang ke-22 ni. Ganti bangle lama yang terjatuh dalam bas UTM. Thank Ieka untuk Shawl and brooch yang cantik. Thanks Kak Ta untu brooch and gelang yang sweet. Hijau lagi! suke!


Monday, February 8, 2010

Harapan dan Ketentuan


Aku meminta kepada Allah setangkai bunga mawar

Allah beri aku kaktus berduri,

Aku meminta kepada Allah kupu-kupu
Allah beri aku ulat berbulu,

Aku sedih dan kecewa

*****

Namun kemudian..

kaktus itu berbunga sangat indah
dan ulat berbulu itupun tumbuh dan menjadi kupu-kupu yang amat cantik.

Itulah jalan Allah....
indah pada waktunya,

* * * * *

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, 
tetapi... 
Allah memberi apa yang kita perlukan

* * * * *

Kadang kita sedih, kecewa, dan terluka.

Tetapi jauh di atas segala-galanya..
Allah sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita.


Nota: Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baiklah denganNya kerna hanya Dia mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

here