Friday, October 13, 2017

RESEPI ESP : ESP + YOGURT + EPAL HIJAU

Selamat Pagi. 🍏🍏🍏
Breakfast apa pagi ni?

Sebelum ni Jue selalu dengar orang cakap,

“Takut beli nanti tak makan sebab tak suka sangat rase soya”

Bagi korang yang tak boleh nak telan rasa asli soya tu, JANGAN TAKUT. Kita boleh PELBAGAIKAN RASA ESP ikut citarasa kita!

Harini Jue tunjuk cara bancuh ESP dengan EPAL HIJAU. Korang boleh je gantikan buah epal dengan buah buah lain. Tapi untuk Jue, Jue prefer rasa masam masam sikit.





Kalau hari-hari minum yang sama je bosan jugak. Sesekali boleh pelbagaikan dengan resipi lain.
Resipi and cara membuat boleh refer gambar and video okayyy?

Instead of kenyang lebih lama, epal hijau sangat rendah kalori. Sesuai sangattt la dengan korang yang nak diet.


PROMO ESP BULAN NI MASIH BERJALAN!



Nak selit order? Meh rojer rojerrr!

Wednesday, October 11, 2017

::KISAH SAYA DAN SHAKLEE::

Nak cerita tentang produk, mungkin dah ramai yang tahu dan kenal kebaikan Shaklee kan, tak perlu terangkan panjang lebar.

Jadi, harini Jue terpanggil untuk berkongsi kisah macam mana Jue boleh terjebak dengan bisnes Shaklee. Jue sebenarnya dah mendaftar sebagai SID 3 4 tahun lepas. Ya! Dah lama dah. Pernah je cuba berniat nak jual. Tapi main main. Akhirnya, give up!

Kenapa give up? Actually, masa tu Jue duduk dalam zon selesa. Which is sangat bahaya! Its not good. Once kita rasa selesa, memang kita takkan usaha sungguh sungguh. Rasa cukup. So, tak perlu pun usaha lebih untuk dapatkan extra. Itulah penipuan terbesar kepada diri sendiri.



Bulan Ogos tahun lepas terfikir untuk serius semula dengan Shaklee. Masa tu Master Lyana Hisham (MLH) pergi conference kat US. Iols is jelesss tengok dia dapat jalan jalan dengan 100% tajaan daripada Shaklee. Syoknyee!! 😱Laju laju PM MLH bagitau hasrat nak aktif semula.

Banyak faktor kenapa Jue mula semula aktifkan diri dengan Shaklee. Salah satunya, Jue bukan dari family yang senang. Tapi, Jue memang jenis yang tak suka orang pandang Jue susah. Means takde duit, nak minta simpati orang lain. Oh no! Kita kena kerja kuat untuk dapatkan apa yang kita nak, dengan usaha sendiri.

"Rezeki Allah turunkan tidak pernah salah alamat dan akan datang tepat pada waktunya"

Betul! Once Jue betul betul serius nak buat Shaklee, Allah permudahkan jalan. Niat kita akan mendorong kita untuk bergerak! Mungkin 3 4 tahun lepas Jue belum mampu untuk menjadi leader kepada team Stupendous Gems yang ada sekarang.

Bulan pertama, Jue usaha sungguh sungguh. Jue capai bonus tiga angka. Walaupun tak capai target, syukur Alhamdulillah. Sekurang kurangnya nampak hasil.

Bulan seterusnya Jue cari mana kurangnya. Terus slow talk dengan mak, minta mak doakan setiap hari. Doa spesific untuk Jue rank up bulan tu. Allah mudahkan jalan. Jue dapat lahirkan 12 orang anak dalam team Stupendous Gems dalam masa yang sangat singkat. Alhamdulillah. Bulan yang sama Jue dapat rank up as Supervisor dan sekarang di rank Coordinator.

Sekarang Jue sedang berusaha untuk bantu anak anak Stupendous Gems rank up sama sama. Team Stupendous Gems pun semakin berkembang. Dah berkembang sampai level keempat and ada 133 orang ahli. Alhamdulillah. Well done guys! happy sangat dikurniakan anak anak bisnes yang positif dan bersemangat!

Master to be Ayujue | Stupendous Gems
www.wasap.my/60197671102

Friday, March 17, 2017

Shaklee Effect Sharing - Bell Palsy


Assalamualaikum. Happy weekends guys!

Hari khamis lepas Jue ada attend program yang Shaklee anjurkan iaitu Shaklee Effect Sharing. Ada 4 orang speaker malam tu daripada kalangan mereka yang dah pun mencapai rank tertinggi dalam Shaklee dan berjaya merasai sendiri Shaklee effect dalam diri mereka.


Alhamdulillah

Berkesempatan mendengar sendiri perubahan yang mereka alami selepas consume Shaklee. Antara yang Jue paling sebak bila one of speaker tu pernah mengidap penyakit Bell's Palsy yang teruk. Bell's palsy adalah kelumpuhan atau kelemahan pada salah satu sisi otot di wajah.

Di sebabkan penyakit tersebut, beliau menghadapi masalah dengan mata, telinga dan juga mulut. Telinga terlalu sakit, mata berair dan air liur sentiasa meleleh. Asbab consume Shaklee, beliau sembuh daripada penyakit setelah 3 bulan consume secara konsisten. Allahu akbar. Dah tentulah semua yang berlaku dengan izin-Nya.

Antara supplement Shaklee yang beliau pilih sudah tentulah VIVIX. Selain itu, beliau juga mengamalkan pengambilan Omega Guard, B complex dan Vitamin E. Beliau consume Vivix ni dengan Special Dose. Alhamdulillah selepas 90 hari beliau diberi kesempatan Senyum kembali.


Bagi mereka yang berpenyakit, Vivix ni bukanlah ubat yang boleh menghilangkan penyakit anda serta merta. Tapi makanan tambahan sebagai ikhtiar untuk kehidupan yang lebih sihat.

Ayujue | 011 1080 3393
Founder of Stupendous Gems
 

Monday, March 13, 2017

MASTER DR AYUJUE

Assalamualaikum

Siapa saya? Haa. Ni bukan nak buat karangan autobiografi saya sebatang pen atau saya sebiji bola ye. Ni kisah benar, saya seorang Manusia. 😂

Ada tak dalam ni yang tak kenal Jue secara personal? Mesti ada kan? So, Jue nak intro sikit untuk siapa yang tak kenal. Yang kenal, dok diam diam jadi silent reader je tau. Jangan kecam kakak. Kakak tak kuat 😜

 



Jue berasal dari Raub, Pahang. Ye, kome orang Raub weh! Dulu sekoloh kat clifford nu hah. Kat lepeh. Tapi abes je SPM terus merantau ke Johor. Dah satu dekad dah hah dok Johor ni. Dah jangkit jadi orang Johor seyh!

Okay, actually Jue sambung study kat JB ni. Dari Degree, Master, PhD semua kat UTM Skudai ni. Sekarang Jue tengah struggle nak habiskan PhD, dalam masa yang sama Jue aktif dengan bisnes online iaitu RUQSANA RAQIELLA dan juga SHAKLEE. 

Macam mana boleh TERJEBAK?

Okay, Jue pada asalnya join shaklee untuk guna sendiri. Beli dengan Free membership daripada kawan matrik dulu, Lyana Hisham. Awal awal dulu cuba juga nak try jual. Tapi terasa susah sangat. Mungkin sebab masa tu berada dalam zon selesa dan belum bersedia untuk serius. 

Last year, bulan 8 Jue decide nak aktif semula. Nasib baiklah my upline yang baik hati ni terima balik anak die ni ha. Tapi Jue tak tangguh dah. Bulan 8 Jue decide nak start tu Jue mula dengan ZERO! Yes! ZERO. Jue dah stop dekat 3 tahun. Cara nak kira bonus pun tak ingat dah.

But Jue manage to rank up SUPERVISOR BULAN SEPTEMBER dan rank up SR SUPERVISOR BULAN OKTOBER. Bangga dengan diri sendiri! Tapi Jue taknak selesa tahap tu je. Alang alang melangkah biar sampai penghujung kan? Bulan ni in syaa Allah Jue akan rank up COORDINATOR dan dapat completekan CAR BONUS PROGRAM untuk bulan terakhir.

Cita cita Jue tinggi untuk tamatkan PhD dan capai rank tertinggi tahun ni juga. Iaitu 2017! Jadi Jue berusaha sangat gigih untuk capai impian Jue. Doakan tahun ni Jue berjaya bergelar MASTER DR AYUJUE! Oh ya, Doakan dapat title PUAN sekali 😂

Ayujue | 011 1080 3393
Phd Student LAnD
Founder of Stupendous Gems
Co Founder of Ruqsana Raqiella

Shaklee Effect

Assalamualaikum. 


harini Jue nak cerita tentang supplement yang Jue ambil. Supplement apa yang Jue sendiri Consume? Jue memang seorang yang suka buat macam macam dalam satu masa. Buat hal sendiri. Happy! Try to do something yang kadang kadang orang rasa, "tak penat ke?" Yes! Memang penat! Tapi penat dalam happy. Puas.

Kenapa happy? Kenapa puas?

Its our passion! Dulu, tak minat pun berbisnes ni. Apatah lagi nak jadi leader dalam bisnes. Tapi once dah terjebak! Alahai, best nya ada kawan kawan yang supportive. Yang tak look down kita even kita banyakkk kekurangan. Siap bantu lagi! Terharu! I just love the environment.


Back to main point! Mudah betul lari topik. haha. Untuk urusan seharian Jue as PhD Student and dalam masa yang sama Jue buat dua bisnes, Jue sangat sangat perlu consume supplement yang boleh bagi Jue energy.

Supplemet yang Jue memang tak missed makan setiap hari ialah ESP, VITALEA AND VITAMIN C. Antara kesan yang Jue sendiri rasa,
Lebih bertenaga. Vitalea and ESP memang bertindak sebagai pemberi tenaga. Lepas consume, Jue memang tak cepat penat. Kalau tak, memang cepat sangat lemau. Lepas tu pantang fikir banyak sikit, mula la sakit kepala.

Jue dalam proses naikkan berat badan. Sekarang kurang berat. Kurus sangat tak cantik la kan. Stress gamaknya study. haha. After timbang berat haritu terkejut! okay! Patut asa yang tegur Jue berisi. Naik 4 kilo! yeayy!

Kulit Jue sebelum ni memang kurang jerawat. Tapi kulit Jue kusam and tak bermaya je. Sekarang dah tak kusam sangat dah. Kulit pun nampak lebih sihat. Siapa taknak cantik kan? Haruslah nak!

Rambut gugur dah kurang. Ni memang masalah perempuan sangat. Sekali sikat tu, alamak!Penuh lantai dengan rambut gugur. Alhamdulillah, sekarang nampak lebih sihat dan lebih tebal dari sebelum.

Alhamdulillah. Jue dah rasa perubahan pada diri Jue sendiri. Sekarang nak kongsi kelebihan dan manfaat tu dengan semua. Jom Shaklee uols!
.

Ayujue Shaklee | 01110803393

Sunday, March 12, 2017

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana masih sudi membaca blog usang Miss Ayujue ni. 

Lama benor rasa tinggalkan zaman blogger. Sekarang ni Jue tersangatlah sibuk dengan Research and Business. Nanti Jue akan cerita kisah kehidupan Jue sekarang. Banyak dah perubahan dari sebelum kot. Jue sedang cuba untuk improve diri. Mungkin lebih matang dari sebelum kot. Mungkin! heee

Menjelang tahun 2017 ni, Jue berazam nak aktif berblogging semula. Ada tak yang sudi membaca? Tapi mungkin muncul dengan penulisan yang lebih bermanfaat dan lebih informatif buat korang semua. Bila baca semula penulisan sebelum sebelum ni, I be like.. "Allah, aku ke yang tulis niiiiii!!" haha. Tuakah aku? Faktor usia mungkin buat Jue rasa tak sesuaiiiii! Menangis anak anak baca blog mak nanti. 

Jue akui, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulakan bisnes dalam masa yang sama perlu menyiapkan research. Kedua-duanya memerlukan komitmen yang tinggi. Dalam usaha membangunkan bisnes Ruqsana Raqiella, semua benda Jue and partner perlu buat sendiri. Dalam dunia bisnes ni, kita la bos kita lah kuli. Tak boleh nak harap orang. Apatah lagi nak mengambil pekerja. Modal ciput! Risiko tanggung sendiri babe! Kemudian Jue aktif dengan Bisnes Shaklee. Jue akan terangkan dalam entry lain kenapa Jue berminat dengan Bisnes Shaklee ni.

Dalam masa yang sama Jue tengah berusaha untuk melengkapkan research Jue. Tanggungjawab utama tak boleh dilupakan. Ini tujuan utama Jue berada di sini. Dunia Phd yang sinonim dugaan dan tekanan, tak ramai yang mampu nak tempuh. Ramai yang terkandas ditengah jalan. Minta dijauhkan. Berpeluh! 
.
Semuanya memerlukan usaha yang lebih. Semoga dipermudah urusan. 


Wednesday, October 12, 2016

SPECTACULAR Motivation and Recognition Event


Shaklee is not a PART TIME or FULL TIME business. Its a LIFETIME Business.

Syukur, Alhamdulillah.


Pada 9 September 2016 Jue berpeluang menyertai Spectacular Motivation and Recognition Event yang telah dianjurkan oleh Master Nana Macarona (MNM). Majlis ini bertujuan untuk meraikan Master master baru yang lahir dibawah empayar Spectacular dan perkongsian pengalaman daripada mereka mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan di dalam bisnes Shaklee. Salah seorang daripada mereka yang bejaya mencapai kedudukan tertinggi ialah upline Jue iaitu Master Lyana Hisham (MLH).






Sesi perkongsian pengalaman daripada Master master hebat iaitu Master Haji Roslan Ghazali, Master Iffah Anuar dan Master Firdhaus Zulkifli. Terima Kasih atas perkongsian ilmu dan sudi meluangkan masa dan memberi sokongan dan semangat kepada kami untuk terus berjaya! Aura mereka yang telah berjaya memang sangat luar biasa menjadikan kami terus bersemangat untuk lebih maju dan tidak mudah putus asa.


Selain tu juga Jue berpeluang untuk berjumpa dengan teammate empayar Phenomenal Pearls dibawah naungan Master Lyana Hisyam yang sebelum ni hanya berkenalan melalui aplikasi whatsapp sahaja. Ukhwah yang terbina bagaikan sebuah keluarga besar sedikit sebanyak membantu memberi semangat untuk lebih berjaya. 






Balik dari event tak sempat balik rumah, terus jumpa salah sorang Stupendous Gems di KL. Sambil coaching sambil shopping and minum kopi. Flexible sangat tau!😂

Sampai rumah sambung transfer aura kepada semua anak cucu Stupendous. Semoga semua lepas ni terus semangat dan lebih bermotivasi untuk buat sales berganda. Yang penting, bonda nak pastikan semua rank up! 💪

Lepas ni nak datang event bawak semua anak anak Stupendous Gems sekali. Serap ilmu dan aura mereka mereka ni.💕

Ayujue Shaklee | 01110803393

Shaklee Future Leader

here