Wednesday, July 10, 2013

Bayar Fidyah

Assalamualaikum..

Hari ni hari kedua kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah! Allah panjangkan umur kita dengan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepada-Nya. Hargailah peluang yang ada selama sebulan ni untuk melakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat dan perbanyakkan amalan sunat dan dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya.

Harini Ju nak share berkenaan FIDYAH. Persoalan Fidyah ni selalu menjadi tanda tanya bagi mereka yang tidak sempat menghabiskan puasa di atas sebab-sebab tertentu terutama kaum Hawa. Apa maksud Fidyah sebenarnya?

Jangan ambil ringan kerana hukum fidyah adalah WAJIB. Golongan-golongan yang wajib membayar fidyah ialah seperti berikut :



Selalunya orang keliru sama ada puasa atau kadar fidyah yang perlu digandakan? Jumlah puasa adalah tetap iaitu sama dengan hari yang telah ditinggalkan dan yang berganda ialah kadar fidyahnya. Bagaimana kadar fidyah dikira? 

Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan. Terdapat dua jenis bayaran Fidyah iaitu bayaran tanda gandaan dan bayaran fidyah dengan gandaan. Bayaran tanpa gandaan adalah bagi golongan yang hanya perlu membayar fidyah sahaja tanpa perlu menggantikan puasa dan bayaran gandaan adalah untuk golongan yang perlu membayar fidyah dan Qadha puasa (rujuk jadual di atas). 


1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4

RM........../4 = RM..............

CONTOH:
Seseorang itu telah meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 5 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan yang berikutnya.

Jumlah Puasa Yang di tinggalkan = 15 hari
Jumlah Tahun yang tidak diganti Puasa = 5 Tahun
Jumlah zakat fitrah semasa (PAHANG 1413H/2013M) = RM7.00



Untuk kira gandaan boleh refer dari jadual di bawah



Semalam ada terdengar Imam Muda Ashraf menjawab soalan bagi mereka yang terlupa berapa hari yang mereka tinggal. Jawapannya, kita perlu sedaya yang boleh mengingati berapa hari yang kita tinggal dan meminta keampunan dari ALLAH. Semoga info ini dapat membantu.

No comments:

here