Friday, December 7, 2012

Kedai Makan Upin & Ipin

Assalamualaikum...semoga hari ini lebih baik daripada semalam..Dalam kesibukan menyiapkan final projek, sempat juga ju meng 'update' blog kesayangan ni..dah lama tertangguh nak cerita kat korang semua pasal restaurant yang comel gilax ni! hari ni ju nak ajak korang semua jalan-jalan cari makan..hehe..tapi tempat makan yang ju nak share ni unik sikit..sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun!! 12 tahun okayh...bukan 12 x 2 ye..ehem..ehem!





Erm..actually salah seorang daripada anak buah ju (Amani) merupakan peminat setia UPIN & IPIN.. memang setiap episod cerita UPIN & IPIN dia tak pernah ketinggalan langsung! kalau episod yang lama-lama tak payah cakap lah..dah boleh hafal dah dialognya..tak pasal-pasal dengan orang yang teman dia tengok pun dah boleh join hafal sekali..haha..Siapa tak tahu UPIN & IPIN?? Kalau tak tahu sila keluar dari Mesia sekarang!!haha...Bowleyh?

ibu and ayah amani =)


Amani pun dah nampak macam MEI MEI..Tinggal tambah pakai spek je..hahaha

Okayh, nak di jadikan cerita 22 November lepas adalah birthday cik amani yang kedua..Sebagai anak tunggal (setakat ni) ayah and ibu Amani mesti lah nak yang terbaik untuk celebrate birthday amani kan..yang terbaik tak semestinya buat majlis besar-besar..cukup sekadar dapat puaskan hati si kecik 2..So, kitorang celebrate birthday amani di KEDAI MAKAN UPIN & IPIN..



kek by my sista..ayueka..kek upin & ipin takde..so ganti dengan upin & ipin versi muslimah.."ana muslim"..hehe..so cute!!


HAPPY BIRTHDAY my dear!!! 


Sampai kat sana, muka amani teruja gila nampak signboard restoran upin ipin tu dari dalam kereta sampaikan ayahnya nak cari parking pun dia dah menangis takut tak singgah..Memang puas hati bawa si kecik ni masuk restoran tu sebab segala benda dalam restoran tu berunsurkan UPIN & IPIN...teruja okayh muka si kecik tu!bahagia dia dapat jumpa kawan baik..hehe


"peace" gaya amani...pizz yo!



sebahagian daripada product UPIN & IPIN 

Pada mulanya ju tak dapat nak bayang makanan apa yang ada kat sana..dalam fikiran ni hanya fikir, "ayam goreng..ayam goreng" sebab si UPIN & IPIN kan suka makan ayam goreng...hehe..Tapi takde hal lah..memang niat asal datang ke restoran ni nak puaskan hati si kecik tu je..makanan sedap ke tak sedap ke soal kedua..Tapi bila makanan yang di order sampai...berbaloi babe! memang sedap bangat! tak rugi makan kat situ..amani pun puas hati..kitorang pun makan kenyang..haha..


yang ni jela makanan yang sempat snap..yang lain dah kena ngappp awal-awal lagi..haha..Kebanyakkan menu adalah Menu kampung..yummy!! yang penting harganya... affordable! 




kalau nak datang makan kat sini untuk "dating" memang pelik sikit...tapi kalau yang datang bawa kanak-kanak, highly recommended! memang heaven la bagi kanak-kanak..lebih-lebih lagi peminat UPIN  & IPIN..hehe...

okayh..till then..jumpa lagi next entry..kene sambung buat kerja pula..=) xoxo


untie-untie yang menceriakan hari amani..=P 'ceria' kah?


p/s : Tengah menaip entry ni, tibe-tibe dapat kabar ibu Amani dah bersalin..okayh..bertambah anak buah..Syukur Ya Allah..=)...


6 comments:

Meeda said...

Minggu lepas pergi konvo kakak dekat UiTM S.Alam baru tahu ada kedai ni, yang dekat sebelah jakel tu.. Hehehe

AsiaCube said...

Teringat adik kecil saya pun minat Upin & Ipin, mesti dia suka gila kalau dibawa ke tempat ini..hehe



Penulis komen ialah admin laman web untuk tambahkan Facebook fanpage LIKE secara percuma!! Jom ramai-ramai sertai :)

Ayu Jue said...

Az Meeda>> kat shah alam pun ade..tapi ni yang kat taman melati =)

Ayu Jue said...

AsiaCube >>kalau macam tu perlu bawa die kesane..=)

Unknown said...

comelnya amani....^^

Ayu Jue said...

Aisya Sensei>> tengok la sape maklang die =P

here