Thursday, March 29, 2012

Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum

Hai korang. Sabtu lepas Jue pergi bersuka ria di Singapore. Sila jangan jeles ye. Tapi lambat naw update disebabkan kesebukan melanda. Before this Jue dah pernah pergi ke SINGAPORE. Tapi masa tu UNIVERSAL STUDIO ni tak buka lagi. So sempat tingal angan angan je nak masuk and jalan jalan area PULAU SENTOSA and MERLION je..

Kali ni Jue sangatlah excited sebab berpeluang berjalan-jalan and dapat main segala macam game kat dalam tu. Actually, UNIVERSAL STUDIO ni lebih kurang macam MOVIE WORLD yang Jue pernah pergi kat GOLD COAST, AUSTRALIA dulu...dua-dua same syokkkk!!!same best!!nak tahu ape yang menarik kat UNIVERSAL STUDIO  ni? Jom Jue review. Senang korang nak pergi bercuti-cuti di singapore nanti..=)


THE LOST WORLD



Siapa pernah tengok movie Jurassic Park? Kalau tak pernah tengok, baik korang pergi download and tengok sekarang! hehe. Cerita ni best taw!! Mesti ramai yang pernah tengok kan? Ni lah salah satu attraction yang ada kat lost world ni. JURASSIC PARK RAPICS ADVANTURE ni kalau korang naik kena bersedia dengan raincoat kalau tak nak basah..sebab kat sini korang mungkin akan basah and possibly soaked..!! Unexpected..!!Jue basah kot kat sini sebab ingat tak basah sangat. So tak pakai raincoat betul-betul. *padan muka* Selain dari tu, kat lost world ni ade jugak DINO- SOARIN. Tapi yang ni Jue tak naik pun. Macam budak-budak je..*budget dah besar sangat la kan* yang macam ada kat fun fair or kat sunway lagoon tu. Naik burung terbang-terbang. Kat lost world ni juga ada CANOPY FLYER. Yang ni just tengok view dari atas. Tapi ingatkan slow motion je, baru nak berdating kat atas tu, Tertibe laju, terjeritt suda!!AMBER ROCK CLIMB, yang ni additional fee applies. So kalau korang memang jenis suka yang adventure camni mesti tak kesah nak bayar kan. Last attraction kat lost world ni ialah WATER WORLD. Yang ni tak naik and tak pergi pun sebab tak bawak baju. Kang lencun sape nak tanggung..hehe..


FAR FAR AWAY


Ha..siapa pernah tengok cartoon SHREK?? Yang ni serious comel..*sebab dia hijau kan?tahu dah..* tapi keciwa sebab tak berkesempatan nak bergamba ngan shrek...si shrek ni pun satu~lalu time ju tengah beratur..memang tak dapat la nak kejar die...*salahkan shrek pulak kan...* tapi kat sini ju dapat tengok SHREK 4-D ADVENTURE..ok..walaupun ni bukan first time ju tengok movie 4D...tapi tetap excited sebab bila tengok movie 4D ni kite akan rasa macam kita ade dalam movie tu...=) kat far far away ni jugak ada DONKEY LIVE jugak..tapi ju tak pergi yang ni sebab ju pergi naik junior roller coaster ..ENCHANTED AIRWAYS..konon-konon nak warming up before naik yang extreme..selain tu ada jugak MAGIC POTION SPIN..a fantastical ferris wheel for children in fairy godmother's potion shop..again..children!


MADAGASCAR




Mad A Gas Car..haha..kalau sebut madagascar mesti terbayang si Alex, Marty, Melman n Gloria yang kiut-miut tu kan..kan..memang diaorang kiut pun...A CRATE ADVENTURE..kat sini ju naik river boat ride..ohoh!yang ini sangat bosan bagi yang sudah menjangkau 20-an..tettt!!haha..*konon-konon tak layan kan* yang ni sesuai untuk kanak-kanak..naik boat sambil tengok surrounding ala-ala dalam cite madagascar tu...KING JULIEN'S BEACH PARTY-GO-ROUND..ride the crazy carousel with king julien, the lemurs and more of your favourite magadascar characters..=)


NEW YORK



Jom pergi new york pulak!!hehe..attraction kat sini ialah LIGHTS, CAMERA, ACTION!..haha..yang ni hosted by Steven Spielberg..Steven Spielberg ni merupakan director kepada jurassic park..memang best sangat tengok action dalam studio tu..dia cakap action je..semua effect kilat, hujan, guruh, letupan..semua macam real!macam semula jadi..patut la dalam movie pun macam real je...


ANCIENT EGYPT


attraction kat sini pulak ialah REVENGE OF THE MUMMY..ok..yang ni extreme ok!kalau rase ade heart attack ke ape ke..lupekan jela nak naik yang ni...yang ni lebih kurang macam scooby doo ju penah naik kat Movie World Australia dulu..naik roller coaster dalam gelap..memang scary gile!!ade backward bagai..hadoii..lemah jangtung ju!speed die tak payah la cakap kan..*tapi ilang tension dapat menjerit sampai kene marah.."tak penat ke jerit?!" nasib la ye* untuk kanak-kanak pulak ada TREASURE HUNTERS..children can drive their own desert jeep through an abandoned Egyptian excavation site~ 


SCI-FI CITY



ha..yang ni paling-paling extreme!!sesuai sangat la untuk yang memang suke game-game extreme ni!!kat sini ada dua roller coaster..BATTLESTAR GALACTICA CYLON and BATTLESTAR GALACTICA HUMAN..dua-dua best..tapi ju dapat naik satu je..dapat naik yang human..sebelum naik memang berlagak giler nak naik..bile nak turun dah macam orang mabuk..pening!!! bayangkan kelajuan dia 82.2 km/h..90 second dah abis..memang melayang-layang rase badan ni...yang cylon lagi mencabar..tapi ju tak sempat naik..tengah-tengah beratur ade technical problem yang buat delay..so cancel naik..*syukurr~haha*..kalau tak melayang kali kedua la jawabnya..satu lagi attraction yang paling best kat sini ialah TRANSFORMERS THE RIDE:THE ULTIMATE 3D BATTLE..yang ni serious best!!terase macam kita salah satu robot yang tengah fighting~feeling ala-ala Optimus Prime and Autobots pulak..hikhik..and then ade satu lagi attraction iaitu ACCELERATOR..yang ni tuk test our intergalactic stamina on this whirling twirling attraction..yang ni pun ju tak naik sebab tengah pening..haha..

HOLLYWOOD

attraction kat sini pulak ialah MONSTER ROCK..kat sini korang boleh tengok Universal Classic Monster in an all new Rock -N-Roll extravaganza!cakap je lebih..yang ni ju tak tengok pun!!

BUDGET

ok..untuk budget pulak..mesti korang semua nak tahu sal budget kan..kalau nak masuk USS ni, harga tiket S$74 or RM180..biasanya USS ni akan ramai orang..so be prepared la ye..kalau nak naik game yang ade kat dalam ni memang terpakse beratur panjang terutamanya TRANSFORMERS THE RIDE:THE ULTIMATE 3D BATTLE tu..kalau agak-agak korang berkemampuan boleh la ambil pakej UNIVERSAL EXPRESS..semuanya express..boleh potong QUEUE..hehe..untuk universal express ni kena tambah S$50..korang convert la sendiri ye..hehe..korang jugak kene datang awal kalau nak beli tiket sebab orang sangat ramai dan kene beratur panjang...pandai-pandai la budget mase jugak!




ok..stop cerita pasal USS..after menghabiskan mase di USS kitaorang pun beralih arah ke SENTOSA ISLAND..pergi sebab geng-geng ju yang lain nak tengok SONG OF THE SEA..ju dah pernah tengok before ni..tapi tak rugi pun tengok kali kedua...=)




p/s : kalau nak tanye ape-ape boleh tinggalkan komen =) and kalau berminat nak cari tudung macam yang ju pakai tu boleh cari kat  FROGGY FELT CRAFT ye...





Saturday, March 17, 2012

hot air balloon fiesta 2012 =)


cer bace tajuk tu..cer bace..cer bace..dah tentu nye ju nak bercerita berkenaan hot air balloon fiesta yang dok hangat kat putrajaya tu..hehe..hari jumaat lepas, pikir punye pikir nak balik ke tak.balik ke tak..balik ke tak...akhirnye ju buat keputusan untuk balik..tapi bukan balik pahang..balik KL je..ni semua sebab keghairahan hati ni untuk naik belon panas!weeee~

actually, dari fiesta tahun lepas lagi ju dok mengidam nak naik hot air balloon ni..tapi tahun lepas tak kesampaian..so, sebulan lepas ju ada terbaca daripada satu blog ni berkenaan hot air balloon fiesta for dis year..usya punya usya dapat la tahu yang tarikh keramat tu ialah 15th till 18th mac..ape lagi..memang ternanti-nanti la kan...so, akhirnya ju dapat jugak ju pergi ke fiesta tu..takde la ju kempunan nak pergi sane..=)

sampai-sampai sana je..ternampak signboard ALL TICKET SOLD...halammmakk!sikit punya awal kitorang gerak dari rumah, sampai-sampai tetap ticket sold...cehhhh!!frust sekejap..rupanya ticket di hadkan kepada 300 je dalam satu sesi..patut la cepat abis!beriban orang datang kot!tapi rezki menyebelahi ju..tiba-tiba ada sorang kakak ni tanya.."awak nak naik belon tu tak?"..aku cepat-cepat jawab.."ala..memang nak naik..tapi tiket abis!"..lepas tu kakak tu jawab.."haihh..awak tak tahu ke husband awak ni kerja apa"..errr..kak, ni abang saye la...adoiii!!apa-apa la kak..janji ju dapat tiket..haha

ok..bila tiket dah dapat apa lagi..jom pergi beratur...!!hikhik..hikhik..excited!atlast ju dapat naik dengan abang, akak ipar and seorang kawan abang..sebenarnye limit tuk 3 orang je for one trip tu..tapi oleh kerana kami ni kecil molek je..orang yang in charge tu bagi kitorang naik berempat!okey!sangat best ok!ada feeling ala-ala dalam cartoon UP giteww!!tapi kejap sangat!belum puas dapat tengok view dari atas dah kene turun..ok la..bagi chance kat orang lain pulak kan...


tengok la muke ju yang over excited 2!haha


next time nak naik belon kale ijau!tak kire!

ju puas hati sangat dapat naik hot air balloon..thanks 2 warga TNB yang memberi peluang kat ju yep!really appreciated it!kalau tidak mesti ju tak berpeluang nak naik..tak lupa jugak kat geng abang yang gile-gile...wink!

dan sesi malam nye pulak bersuka-suki dengan family di rumah kakak ju di kajang..so tak berkesempatan nak tengok firework..huhu..

muke sengal!


ok ols!zasss~
SIMPLE IS BETTER

p/s : still ada yang kurang!^_^

here